PADA 20 Jun lalu, penyanyi popular – Ramlah Ram (45 tahun) beritahu Juwie bahawa suaminya – Kamal Roslim (41) telah melafazkan cerai talak satu terhadapnya di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.
Bila tarikh sebutan lafaz cerai tu?
Bila tarikh sebutan lafaz cerai tu?
Jawab Ramlah : ‘’ Pada 20 Mei lalu ‘’.
Ketika pergi ke Mahkamah Syariah pada 20 Mei lalu, Ramlah ditemani oleh kakaknya – Ramnah (48) dan dua orang kawannya.
Ramlah dan Roslim bernikah pada 3 November 2000 di Masjid Kesang, Muar, Johor berdekatan kampung asal Ramlah (lihat foto kahwin mereka). Mereka ditakdirkan belum mempunyai anak.
Menurut Ramlah (foto kanan), dalam bulan Julai bila dah dapat surat cerai rasmi dalam tangan, barulah dia berani nak berterus-terang mengenai perceraiannya bila orang bertanya.
Walaupun sudah bercerai, Ramlah dan Kamal berkawan baik. Begitulah sebaik-baiknya. Jangan sekali kita bermusuhan.
Kamal bertugas sebagai penerbit di Bahagian Sukan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pada 29 Jun lalu Kamal telah berlepas ke Afrika Selatan untuk membuat liputan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010.
Kamal berada di sana selama dua minggu bersama penyampai berita sukan RTM yang popular- Jasni Shafie dan juruteknik Mohd. Radzi Yunos sehingga final di Stadium Soccer City, Johannesburg. Final akan dapat kita tonton di RTM2 pada 12 Julai (isnin) pukul 2.30 pagi antara pasukan Belanda lawan Sepanyol.
Pada 9 Oktober depan jam 8 malam, Ramlah akan mengadakan Konsert Malam Gala 35 tahun Ramlah Ram di Hotel Impiana, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan menyampaikan 25 buah lagu popular evergreen. Ogy Datuk Ahmad Daud turut serta.
Ramlah pernah menjuarai Bintang RTM 1985 dan lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) nyanyiannya ciptaan melodi oleh Datuk Ahmad Nawab/lirik Juwie menang Anugerah Juara Lagu TV3. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web : http://www.ramlahram.com/
Konsert itu anjuran kelab peminatnya – Ramlah Ram Group (RRG) menelan kos RM100,000. Bookinglah tiket sekarang telefon : 012-300 9928 (Rizal) atau 012-230 2003 (Fairoz).
JUWIE : Kunci hatiku kini sudah terbuka..
0 comments:
Post a Comment