DATUK RAJA REZZA SHAH (kiri) di IFF Jakarta pada Jun lalu. |
IMPIAN pengasas dan pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF) – Datuk Raja Rezza Shah untuk membawa fesyen pakaian Islamik ke peringkat dunia semakin berjaya!
Bermula dari pertunjukan IFF pertama di Kuala Lumpur (2006), kemudian menyerlah di Jakarta (2007/2009/2010), Dubai (2008), New York (April 2010) dan terbaru di Monte Carlo (Ogos 2010). Pada 7 hingga 12 November 2010 nanti IFF akan diadakan di Hotel J.W. Marriot, Kuala Lumpur.
Menurut pengurus acara – Farah Daud, dalam tempoh lima tahun, sudah sembilan acara IFF berlangsung.
FARAH | MODEL |
Katanya: “Datuk Raja Rezza Shah bercita-cita tinggi dan genius. Dia banyak idea kreatif. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan dengan bekerja keras. Setakat ini dia amat berjaya. Impiannya nak bawa IFF ke peringkat dunia sudah menampakkan hasilnya berjaya!”
Menurut Farah lagi, orang-orang yang sudah menyaksikan IFF di beberapa negara, ramai yang kagum dengan fesyen-fesyen pakaian Islamik yang diperagakan.
Pertunjukkan IFF di Jakarta pada Jun lalu. |
“Kejayaan IFF adalah atas kerjasama semua pihak yang terlibat termasuk pereka fesyen, model, penaja, VIP dan ramai lagi.
“Penaung IFF ialah Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau banyak beri sokongan.
Model-model memperagakan fesyen pakaian di IFF, Jakarta. |
“Saya pula rasa seronok dapat pengalaman bergaul dengan bermacam golongan VIP di dalam dan luar negara. Ini adalah pengalaman yang saya tak boleh dapat di tempat lain,” cerita Farah yang peramah orangnya. Dia turut pergi ke Monte Carlo, Monaco untuk urusan kerja dengan IFF dari 7 hingga 9 Ogos 2010.
Alhamdulillah, semoga suatu hari nanti, mudah-mudahan fesyen pakaian Islamik menjadi trend fesyen dunia.
0 comments:
Post a Comment