DALAM buku Panduan Kursus Haji oleh Ustaz Haji Shamsuddin Sidek (lihat foto kanan) terbitan Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (ZTT) ada menyiarkan 14 perkara yang merosakkan akidah. Ia wajib dijauhi oleh semua jemaah sewaktu mereka mengerjakan haji dan umrah.
Pengerusi ZTT, Haji Datuk Zainal Abidin Yusof telah mengizinkan Juwie menyiarkan petikan dari buku panduan itu. Syukran.
Berikut adalah catatan 14 perkara yang merosakkan akidah :
1. Mengambil kelambu Kaabah untuk tujuan pelaris jualan (bisnes).
2. Mengerat tali khemah di Padang Arafah secara mencuri (untuk digunakan bagi) mengelakkan anak kecil daripada menangis, melariskan jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.
3. Mengambil pasir di Padang Arafah untuk tujuan dipijakkan oleh tapak kaki bagi kanak-kanak yang mahu mula berjalan (bertatih) kononnya agar dapat menjejakkan kaki ke Arafah, menjadi orang terkenal, untuk menghindarkan penyakit dan (menjadi) gagah berani.
4. Mendapatkan sijil daripada Syeikh di Mekah yang (tujuannya untuk) mengesahkan hajinya dan menukar nama.
5. Kain putih sebagai alas dibawa balik (ke tanah air) untuk (tujuan) dijadikan kain kapan (kononnya) untuk meringankan seksa kubur.
6. Mengambil kerak nasi di Mina, lalu dikeringkan dan dibawa balik ke tanah air untuk dijadikan pelaris perniagaan.
Peluk tiang jin
7. Peluk tiang jin di dalam Masjidilharam, Mekah (kononnya) untuk tujuan melanjutkan umur dan meminta jadi kaya.
8. Tanam tujuh biji batu di bumi Arafah (kononnya) dengan tujuan untuk tutup tujuh pintu neraka bersaksi dengan batu (itu) pada Hari Kiamat nanti.
9. Bergantung (tangan) di kelambu Kaabah (dengan tujuan) memohon hajat kepada Kaabah dan bukannya memohon kepada Allah.
10. Meletak duit di bawah (celah) kelambu Kaabah dan selepas bertawaf, duit tersebut diambil balik untuk dijadikan ‘ibu duit’ sebagai pelaris.
11. Membawa kismis semasa bertawaf (di Kaabah) dan menjemur nasi (hingga kering) di Arafah. Tujuannya apabila balik (pulang ke rumah di tanah air), nasi kering itu direndam dengan air zam-zam sekali. Ia diberi kepada sesiapa saja dengan tujuan (kononnya) sebagai penerang hati.
12. Ketika berangkat ke Tanah Suci ditulis pada sekeping kertas kalimah ‘Laillahaillallah Muhammadur Rasulullah’ (dalam bahasa Arab). Kemudian (keratan kertas yang bertulis) kalimah ‘Muhammadur Rasulullah’ ditinggalkan kepada ahli keluarga dan (keratan kertas yang bertulis) kalimah ‘Laillahaillallah’ itu dibawa ke Tanah Suci. Tujuannya (kononnya) supaya jemaah haji tidak meninggal dunia di Tanah Suci.
Memakai tangkal azimat
13. Memakai tangkal azimat (dengan tujuan) untuk dijauhkan daripada bala dan mengharapkan selamat.
14. Mengambil bomoh untuk menolak bala di rumah. (Jemaah) percayakan bomoh untuk memulakan perjalanan. Kemudian (dia) membawa air tujuh telaga untuk dibawa bertawaf (di Kaabah dengan tujuan kononnya) supaya (air itu) menjadi ubat (penawar)
Segala perkara yang merosakkan akidah itu penting untuk peringatan kepada bakal-bakal jemah haji dan umrah. Untuk menyucikan hati kita perlu ada akidah yang sihat dan kukuh.
Sepatutnya hanya kepada Allah kita berdoa dan bertawakal. Hanya Allah yang dapat memberi manfa’at dan mendatangkan mudarat kepada makhluk Nya. Tidak ada sedikitpun keupayaan makhluk jika tidak dengan izin dan kehendak Allah.
Macam-macam benda orang selitkan di bawah kelambu Kaabah
SUATU ketika dulu Juwie sendiri pernah melihat ada sesuatu benda diselitkan di celah bawah Kaabah di sudut Hijir Ismail.
Kemudian sewaktu Allah izinkan Juwie duduk di barisan saf pertama di hadapan Kaabah untuk menunggu solat fardu… pernah juga melihat petugas penjaga Kaabah mengeluarkan macam-macam benda dari bawah kelambu Kaabah. Ketika itu jemaah sedang menunggu bilal qamat untuk bersolat Asar berjemaah. Tempatnya di antara Hijir Ismail dan Rukun Yamani.
Benda-benda yang dikeluarkan oleh petugas di Kaabah itu dapat Juwie lihat dengan jelas sebab jaraknya hanya selangkah kaki dari tempat Juwie duduk.
Di antara benda yang pernah Juwie lihat ialah azimat (tangkal), kertas bertulis, gambar orang dan ada juga benda berbungkus kain kecil. Astaghfirullah ‘alazim… Subhanallah.
Semoga Allah mengampuni dosa mereka dan memberi petunjuk ke jalan yang benar. Amin.

0 comments:
Post a Comment