14,500 jemaah umrah daftar dengan Andalusia Travel

060220101618
DARI KIRI : HAJAH IDA, HAJI IBRAHIM, USTAZ HAJI RIDUAN (mutawif) dan USTAZ HAJI MD. DAUD

JEMAAH umrah yang telah mendaftar dengan pakej mesra Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd sehingga bulan Ramadan tahun ini (2010) sudah mencapai 14,500 orang, kata Pengarah Urusannya Haji Ibrahim Mat Sin pada pertengahan Julai lalu.

‘‘Saya mensasarkan 13,000 jemaah umrah untuk tahun 2010 ini. Tapi sekarang sudah berjaya dan bilangannya lebih dari sasaran,’’ kata Haji Ibrahim. Alhamdulillah. Isterinya – Ida adalah peguam di syarikat itu.

Haji Ibrahim adalah ahli perniagaan yang genius dan bijak mengatur strategi pemasaran. Dia membelanjakan kos yang tinggi untuk iklan dalam akhbar utama dan majalah – majalah tempatan. Promosinya ligat dan tidak lembab.

Pengerusinya – Ustaz Haji Datuk Md. Daud Che Ngah pun pandai mengambil hati orang ramai untuk mendaftar dengan pakej Andalusia Travel.

Selain itu, pihak Andalusia Travel amat mementingkan perkhidmatan mesra terbaik untuk para jemaahnya macam sebuah keluarga besar. Sebab itu ramai jemaah berulangkali suka pergi dengan pakej Andalusia Travel.

Hotel penginapannya di Hijjaz Palace dan Abeer Garden di Mekah dekat dengan Masjidilharam. Seluruh bangunan hotel itu dipajaknya. Begitu juga di Madina, penginapan di hotel Fayroz Al-Shatta lagi dekat dengan Masjid Nabawi.

Setiap Sabtu dan Ahad pula ada kursus umrah percuma dari 9 pagi hingga 1 tengah hari dikendalikan oleh Ustaz Haji Md. Daud Che Ngah dan beberapa penceramah berpengalaman luas.

IMG_0461
PARA JEMAAH UMRAH ANDALUSIA TRAVEL BERGAMBAR DI BEKAS TAPAK MASJID HUDAIBIYAH DI LUAR KOTA MEKAH.

Andalusia Travel juga mempunyai ramai mutawif di Mekah untuk menguruskan ramai jemaah umrah. Jadi meriah suasananya bila semua beratus jemaah tinggal dalam sebuah hotel yang sama.

Di dalam hotel itu pula ada pejabat Andalusia dan terdapat dewan makan yang selesa. Makanan pula sedap. Ada ceramah agama, majlis baca surah Yasin dan majlis tahlil untuk arwah umat Islam. Seronok sungguh!

Mutawif lelaki yang muda – muda membimbing para jemaah mengerjakan umrah pun bagus dan berilmu tinggi.

IMG_0535-CROP
JEMAAH ANDALUSIA TRAVEL DIBAWA ZIARAH KE KAWASAN UHUD TIDAK JAUH DARI KOTA MADINA.

Ketika acara ziarah pula, cara mutawif menyampaikan cerita sejarah di tempat – tempat yang dilawati di Mekah dan Madina amat menarik sekali.

Semua mutawif rajin dan sentiasa ada di hotel. Jadi jemaah tidak tercari – cari bila hendak bertanya sesuatu. Kalau mutawif yang dicari tidak ada... ramai lagi mutawif lain ada untuk membantu urusan kita. Mereka sedia membantu kita.

IMG_0581
JEMAAH ANDALUSIA BERGAMBAR KENANGAN DI PETRA, JORDAN.

Pendek kata, rombongan pakej Andalusia Travel sungguh meriah terutama pada waktu makan (ramai orang) di dalam dewan. Untuk pergi bersolat di masjid pun kita akan dapati ramai kenalan baru yang boleh diajak pergi bersama-sama kita. Alhamdulillah!

060220101620 scan0009
HAJI IBRAHIM (kanan) bersama isterinya – IDA.

Menurut Haji Ibrahim, Andalusia Travel memajak tiga hotel di Mekah iaitu Abeer Garden, Hijjaz Palace dan Royal Sultan dengan bayaran Saudi Rial 20 juta.

“Andalusia tak ada berhutang dan tak ada buat pinjaman untuk guna modal pusingan, insya-Allah.

‘‘ Kita dalam keadaan tidak berhutang. Doakan agar kita selesa sepanjang masa,’’ jelas haji Ibrahim sewaktu berucap pada majlis jamuan makan malam untuk staf Andalusia di Hotel Seri Pan Pacific, Kuala Lumpur pada 6 Febuari lalu.

060220101614
STAF ANDALUSIA TRAVEL & TOURS DI HOTEL SERI PAN PACIFIC, KUALA LUMPUR.


Setakat ini, Andalusia Travel mempunyai 50 staf di Malaysia dan 50 lagi di Mekah dan Madina yang cekap menjalankan tugas.

Agen-agen wakil jualan pula ada 100 orang di seluruh Malaysia. Pejabat cawangannya pula di Melaka dan Kota Bharu selain ibupejabatnya di No. 9, Wisma Andalusia, Jalan Belangkas Off Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2002, masa awal penubuhannya, Andalusia Travel hanya membawa 35 jemaah mengerjakan umrah. Kemudian setiap tahun bilangannya meningkat.
Tahun 2009 jumlah orang yang mendaftar untuk mengerjakan umrah meningkat kepada 13,000 orang jemaah dan 835 orang mendaftar untuk mengerjakan haji.

Siapa yang ingin mendaftar umrah dan haji dengan Andalusia Travel, sila telefon nombor : 03-92831588 atau 03-92854530 (ibupejabat), 06-2882815 (cawangan di Melaka) dan 09-7416290 (cawangan di Kelantan).

Semoga Andalusia Travel terus berjaya, gemilang dan terbilang! Insya-Allah. Amin

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates