Gambit jadi tetamu Allah yang istimewa semasa mengerjakan umrah

DSC02265
GAMBIT bergambar kenangan dekat Kaabah di dalam Masjidilharam.

AKTOR remaja yang sedang top meletup sekarang ni – Gambit Saifullah Rosli (25 tahun) semakin dekat kepada Allah sejak pulang dari mengerjakan umrah pada Jun lalu.

Gambit baru pertama kali mengerjakan umrah bersama ibu bapa dan adik beradiknya serta neneknya… semuanya 10 orang. Mulanya mereka ziarah ke Madina dan selepas itu barulah ke Mekah untuk mengerjakan umrah sebagai tetamu Allah.

Sewaktu di Madina, Gambit dipilih Allah untuk bersolat di Raudah (taman-taman syurga) di dalam Masjid Nabawi.

Raudah tempatnya bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w. serta makam dua sahabat baginda iaitu Abu Bakar al-Siddiq (khalifah umat Islam) dan Omar al-Khattab (juga khalifah). Alhamdulillah.

18062010659
GAMBIT berpakaian Ihram.

DSC02067
GAMBIT (kiri) bersama keluarganya.

Dapat cium hajarulaswad

SEMASA di Mekah pula, setelah mengerjakan umrah, Gambit dapat mencium hajarulaswad dan dapat bersolat sunat di dalam Hijir Ismail (kawasan Kaabah). Dia bersolat betul-betul di bawah pancuran emas.

Gambit juga sempat memegang lantai pintu Kaabah. Semua urusan ibadahnya Allah permudahkan! Gambit tetamu istimewa pilihan Allah. Alhamdulillah. Subahanallah!

Semua yang berlaku pada Gambit itu adalah dengan izin Allah. Gambit menjadi hamba pilihan Allah yang istimewa. Dengan rahmat Allah… insya-Allah dia mendapat kemuliaan di sisi-Nya.

Sifatnya pula tawaduk dan wajahnya mudah tersenyum manis. Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebut bahawa orang yang bersifat tawaduk, Allah tingkatkan darjatnya.

Mudah-mudahan insya-Allah… Gambit sekeluarga mendapat umrah yang mabrur dan semoga semua dosa-dosa lalu diampunkan Allah sehingga suci bersih seperti bayi yang baru lahir.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Siapa yang mendatangi (Baitullah) rumah ini (untuk menunaikan ibadah haji atau umrah) tanpa merosakkannya dengan perbuatan dan perkataan kotor, serta tidak membuat maksiat, maka dia kembali pada keadaannya seperti bayi yang baru lahir (bersih dari dosa). - Hadis bilangan 1288 riwayat Muslim.

DSC02194.A

GAMBIT

berjubah dan berselendang
DSC02194.B
17062010640

17062010641 GAMBIT berjubah hitam di Madina

Segak pakai jubah dan selendang serban!

Gambit kelihatan segak dan bertambah kacak-lawa memakai jubah. Rambut lurusnya yang melepasi bahu kelihatan macam orang Arab-Parsi di padang pasir pada zaman dahulu kala seperti yang kita lihat dalam filem. Bila dia pakai selendang serban warna hitam menutupi kepalanya pula… kelihatan lagi cun (lihat foto). He! He!

Sewaktu di Madina, dia bersama keluarganya ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, makam para syuhada di Uhud iaitu Saidina Hamzah serta para sahabat yang gugur dalam perang Uhud dan kemudian ke ladang kurma.

Sewaktu di Mekah pula, mereka ziarah ke Bukit Thur, Arafah, Mina dan Ji’ranah.

Saat paling indah dalam hidupnya bila dapat bersolat di barisan paling hadapan (saf pertama) di Kaabah. Alhamdulillah.

Setelah balik dari umrah… apakah prinsip hidup Gambit sekarang?

“Saya mahu jadi orang yang lebih baik dari apa yang telah berlaku kepada saya semalam,” jawabnya.

22062010792
GAMBIT (tengah) di kota Mekah.

22062010790
GAMBIT (T-shirt putih) di Dataran Masjidilharam.

Cinta yang sebenar-benarnya adalah kepada Allah

Kemudian Juwie tanya Gambit lagi : “Apa itu cinta?”

“Cinta yang sebenar-benarnya adalah kepada Allah.

Kalau kita sayang seseorang itu sama ada kekasih, isteri atau ibu bapa… tapi hendaklah kita sayang mereka kerana Allah. Cinta kita mestilah lebih kepada Allah.

“Kerana kita dapat orang itu (yang kita sayangi) adalah kerana ia anugerah dari Allah. Allah yang anugerahkan kepada kita segala apa yang kita miliki di dunia ini.

“Yang baik itu adalah rahmat Allah,” begitulah indahnya jawab Gambit . Bertambah tinggi ilmunya. Alhamdulillah.

Jawapannya yang indah itulah yang Juwie maksudkan hati Gambit semakin dekat dengan Allah. Semoga Allah terus pelihara Gambit dan tingkatkan iman dan ketakwaannya.

Semoga Gambit terus berjaya di dunia hingga akhirat. Semoga Allah anugerahkan istana di dalam syurga untuknya sekeluarga… amin.

22062010791 GAMBIT (T-shirt putih) di Dataran Masjidilharam.

22062010779

Rezeki mencurah pulang dari umrah

SELEPAS pulang dari umrah rezeki Gambit mencurah-curah dengan tawaran berlakon.

Baru dua hari sampai Kuala Lumpur, dia sudah mulakan penggambaran telemovie ’Ruang Rindu’ bersama Faezah Elai untuk siaran RTM.

Kemudian hari ini (21 Julai), sewaktu Juwie telefonnya, dia sibuk shooting filem komedi Karipap-Karipap Cinta arahan Othman Hafsham.

Tarikh 21 Julai adalah birthdaynya yang ke 25 tahun. Happy birthday to you… Gambit! Alhamdulillah! Semoga Allah pelihara dan merahmati Gambit, murah rezeki, panjang umur dan menjadi insan yang bertakwa serta dapat masuk syurga tanpa dihisab, insya-Allah. Amin!

Gambit lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Kejuruteraan Automotif dari WIT College, Klang, Selangor lima tahun lalu.

Dulu dia pernah bercita-cita nak jadi penyanyi tapi kini lebih berjaya sebagai pelakon .

Insya-Allah mudah-mudahan Gambit akan dapat gelaran Best Actor pada suatu hari nanti. Wajah cun dan karismanya tidak jemu mata memandang bila muncul di TV atau filem. Ada gaya superstar antarabangsa.

Ibu bapa Gambit bertugas sebagai doktor perubatan di hospital kerajaan. Ibunya bernama Dr. Nik Malihan (pakar patalogi) dan bapanya – Dr. Rosli pula pakar jantung.

Gambit juga ada syarikat sendiri – Eightball Productions yang menerbitkan program berbentuk majalah untuk TV. Suatu hari nanti, Gambit ingin terbitkan filem pula.

JUWIE : Bersyukur kepada Allah kerana dapat berbicara dengan artis yang tak sombong seperti Gambit.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates