JASNI & KREW SUKAN RTM BUAT LIPUTAN PIALA DUNIA

PADA 7 Julai lalu, Juwie kirim SMS kepada sahabat lama, penyampai berita sukan RTM yang popular – Jasni Shafie yang sedang membuat liputan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Lihat foto kiri kelihatan Jasni (kiri) bersama penyokong Afrika Selatan.

Juwie minta Jasni kirimkan emel foto-foto dan coretan ringkas pengalamannya bersama dengan krew RTM di sana.

Pada 8 Julai malam, Juwie terima emel dari Jasni yang dialamatkan ke emel :
auwjuwie@gmail.com

Berikut adalah coretan dan foto yang dikirimkan oleh Jasni :

Salam Juwie... ini yang termampu untuk dihantar.
Kami berada di sini selama dua minggu, bermula 29 Jun lalu. Saya bersama penerbit (Sukan RTM) - Kamal Roslim dan juruteknik - Mohd Radzi Yunos akan berada sampai final game di Soccer City Stadium Johannesburg.

Tugasan kami di sini ialah membuat laporan Piala Dunia 2010 untuk berita di RTM, grand stand siaran langsung di RTM dan program ala hiburan Sorakan 1Malaysia 1Dunia Fiesta Soccer Koors. (Lihat foto kanan - Jasni interviu Subkhdin di Afrika Selatan).

Memang menarik dan mencabar. Pengalaman berbeza dalam liputan kali ini berbanding dengan Piala Dunia 2002 di Jepun/Korea... kerana kalau stadium jauh (kami) boleh pergi senang guna keretapi laju (tube). Di sini (Afrika Selatan), (stadium) jauh dan kena (ikut) jalan raya. Tiket penerbangan banyak yang dah habis kerana penyokong luar dah tempah awal untuk tengok pasukan mereka bermain.

Saya juga sempat ke kawasan setinggan di Afrika Selatan di mana FIFA pilih untuk buat program ‘Football For Hope’. Program ni untuk anak-anak miskin. Menarik sangat.


Kamal Roslim kirim salam kat Juwie. Kata dia, di sini kurus sikit pasal tak bawa makanan dari Malaysia. Makanan halal ada, tapi jauh sikit.... Tak sabar menanti final antara Belanda dan Spain (Sepanyol)... Salam. (Lihat foto kanan aksi peminat bola sepak di Afrika Selatan).

Juwie doakan semoga Allah merahmati Jasni dan rakan-rakannya.

Final Piala Dunia 2010 disiarkan secara langsung di RTM1 bermula jam 1.30 pagi pada 12 Julai (Isnin). Sebelum itu jam 12.30 pagi sampai 1.30 pagi ada program Sorakkan 1Malaysia 1Dunia. Lepas habis bola marilah kita menunaikan solat fardu Subuh pula bila sudah masuk waktunya. Insya-Allah.

JUWIE : Seronok-seronok juga... tapi tetap ingat Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates