Apa pandangan Datuk Zainal mengenai musim haji tahun lalu (1430 Hijrah)?

PADA 12 Julai lalu, Juwie bertanya kepada pengerusi Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd.- Datuk Haji Zainal Abidin Yusof: ‘‘Apa Pandangan Datuk Zainal mengenai musim haji tahun lalu (1430 Hijrah)?’’

Beliau memberikan pandangan ikhlas khusus terhadap 920 orang jemaah haji yang pergi bersama pakejnya. Selain itu ada juga cerita – cerita menarik yang lain. Jom kita baca sampai habis ceritanya. Seronok tau! (Foto kiri : Bekas Menteri Besar Selangor - Haji Datu Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Haji Datuk Zainal Abidin dan seorang jemaah haji berpakaian ihram di Arafah).

Bicara Datuk Zainal Abidin :

1 . Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan baik. Saya rasa seronok dan puas hati. Terutama saya dapat mengerjakan ibadah haji untuk sahabat saya – Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (penyanyi utama kumpulan Rabbani yang meninggal dunia pada 13 ogos 2009). Mudah-mudahan Allah terima haji saya (mabrur) dan memberi ganjaran kepada arwah Ustaz Asri. Sekarang Allahyarham sudah bergelar Haji Asri.

2 . Ada juga (segelintir) jemaah saya yang bersungut pasal makanan. Ada yang kata, masakannya tak sesuai dengan tekak selera mereka.
Yang orang negeri Kelantan ...mahukan selera masakan Kelantan. Yang orang Terengganu pulak nak selera masakan Terengganu. Macam mana kita nak ikutkan selera masing-masing? Kita hidangkan masakan Malaysia untuk semua orang. Tukang masak pun kita bawa dari Malaysia.

(Juwie rasa masakan itu setiap hari terasa sedap sangat dan makan pun kerap bertambah. Di atas kehendak Allah... tekak juwie rasa semuanya sedap termasuk makanan di Arafah dan di Mina, yang dimasak oleh tukang masak Bangladesh. Alhamdulillah).

Urusan perkhidmatan untuk jemaah haji kelolaan Muasasah Asia Tenggara

3 . Saya nak beritahu kepada semua jemaah saya supaya mereka faham. Segala urusan perkhidmatan haji dari 8 Zulhijah sehingga 13 Zulhijah... semuanya diambil alih (dikelolakan) oleh pihak Muasasah Asia Tenggara di bawah Kementerian Haji Arab Saudi.

Pergerakan kita... urusan kenderaan bas, tempat tinggal (khemah) dan hidangan makan – minum sewaktu di Arafah, Muzdalifah dan Mina, pihak mereka yang uruskan.

Kalau ada berlaku kelewatan giliran bas, itu semua dugaan Allah. Hidangan makanan pun tukang masak mereka yang masak. Ada (sebilangan) jemaah komplen yang dia orang tak lalu makan. (Tapi ramai yang lain berselera).


4 . Di Muzdalifah memang tidak ada khemah sebab cuma bermalam sekejap saja (dalam beberapa jam). Cuaca pula sejuk... jadi ada jemaah yang komplen... mereka kesejukan kerana tak ada khemah di tempat (padang) terbuka itu (lihat foto kiri).
Kita kena ingat... Rasulullah s.a.w (bersama para sahabat) dulu pun bermalam sekejap di Muzdalifah tanpa khemah. Itu kan sunnah namanya.
(Di Muzdalifah juga para jemaah mengutip batu-batu kecil untuk digunakan bagi melontar batu di Jamrah semasa tiba di Mina nanti).

5 . Dari Muzdalifah kita berangkat pula ke Mina Muassim dan di situ ada khemah (untuk tinggal dari 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah). Waktu pergi melontar batu di Jamrah, para jemaah amat berdisiplin berbaris ikut arahan petugas – petugas kami.


Jemaah nampak kalimah ‘Laillahaillallah’ di awan

6 . Semasa Hari Wukuf (9 Zulhijah) di Arafah, ada dua jemaah wanita telah ternampak kalimah ‘laillahaillallah’ (yang bertulis dalam huruf Arab di awan). (Lihat foto kiri jemaah haji sedang berdoa di padang Arafah).
Kemudian ada jemaah haji pula sewaktu dalam perjalanan naik bas dari Mekah ke Jeddah, dia ternampak Kaabah muncul di celah-celah gunung.

Jemaah Zahafiz Travel diraikan di Muzdalifah

7 . Selepas selesai urusan ibadah haji, kami raikan para jemaah Zahafiz Travel di padang terbuka di Muzdalifah pada sebelah petang. Kami adakan majlis tahlil, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta jamuan nasi mandi kambing (sedap sangat nikmatnya. Alhamdulillah).
Turut diundang ke majlis itu ialah 100 kanak – kanak, tahfiz dari Mahaad Tahfiz Ibnu al- Mas’ud dari Mekah dan fakir miskin. Kami juga beri hadiah kepada jemaah-jemaah haji terpilih.


Jemaah haji pakej VIP

8 . Ada juga jemaah haji ikut pakej VIP kami. Mereka semua Alhamdulillah... Baik – baik semuanya.


(Lihat foto : Dua dari kiri Haji Datuk Elias bersama isterinya (kiri), Datuk Zainal dan Haji Habin).

Saya layan mereka dan semua jemaah saya yang lain dengan sebaik mungkin sebab mereka semua adalah tetamu Allah. Insya-Allah untuk musim haji tahun ini (1431H), saya berharap dapat membawa lebih seribu jemaah haji, insya – Allah.

(Petugas – petugas Zahafiz Travel semuanya rajin dan layan para jemaah haji dengan mesra dan cemerlang. Rasa sangat puas hati!).

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates