NORMAN & MEMEY TUNDA TARIKH NIKAH !

AKTOR kacak popular – Norman Hakim (34 tahun) dan aktres glamor – Memey (22) pada awalnya merancang untuk bernikah pada 24 Julai 2010 tetapi kerana masing-masing sibuk dengan kerja, jadi terpaksalah ditunda pada tarikh yang lain. Menurut mereka, insya-Allah jika ditakdirkan bertemu jodoh, mereka merancang untuk bernikah selepas masing-masing free dari kesibukan. Tarikh nikah yang baru belum ditetapkan lagi.
Norman dan Memey memberitahu Juwie demikian ketika kami bertemu pada malam majlis harijadi Chef Riz yang ke – 28 tahun di restorannya – On the Table, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas (1), Kuala Lumpur.
Lihatlah aksi foto-foto Norman (kanan) dan Memey di majlis itu.

Buat masa ini kata Memey yang cantik jelita tu, dia sedang sibuk shooting drama TV ‘Bola Cinta’ bersama pelakon Shahz Jazle sehinggalah bulan Ogos barulah selesai 30 episod. Norman pun sibuk shooting siri drama Nur Fansuri dan telemovie Syahdu Yang Dirindu.
Menurut mereka lagi, pihak keluarga masing-masing bersetuju rancangan mereka untuk mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah!. Itulah sebaik-baiknya.
Sejak awal Mei lalu, Norman dah tubuhkan syarikat Trigon Empire Studio bersama




sepupunya – We’ei (50) dan Gymee (33). Syarikat ini dalam proses untuk menerbitkan drama dan dokumentari untuk TV.
Menurut Norman, dia sudah bercerai pada Disember 2008 dan kini duda anak tiga. Norman ditakdirkan berkawan dengan Memey dan saling bahagia jatuh cinta.
Nama penuh Norman ialah Mohd. Nurhakim Zaidun. Nama sebenar Memey pula – Suhaiza Suhaimi. Wajahnya sweet dan tak sombong.





JUWIE : Sentiasa redha dangan suratan takdir Illahi.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates