HMMM… Lihatlah betapa bahagianya MAWI (kiri) memeluk isteri kesayangannya – IKIN.
PADA 28 Mei lalu, Juwie jumpa Mawi bersama isteri kesayangannya – Ikin.
Pada malam itu, Mawi baru saja selesai menyanyi di majlis sempena Hari Ibu di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.
Turut menyanyi di majlis itu ialah biduanita negara – yang jelita dan bersuara lemak merdu – Datuk Sharifah Aini bagus shownya. Meriah!. Pengacaranya – Dee pandai buat lawak jenaka yang menghiburkan.
Juwie tanya kepada Mawi: Bagaimana rumahtangga Mawi?
Jawab Mawi: “Alhamdulillah... hari-hari bertambah bahagia dan indah.”
MAWI nyanyi lagu Allah Habibi.
Apa yang buat rumahtangga Mawi
bersama Ikin bertambah bahagia?
Bicara Mawi:
1. Kita kena buat pasangan suami-isteri sebagai kawan rapat. Umur dia (Ikin) dua tahun lebih tua dari saya, dan dia jadi penasihat saya.
2. Masing-masing (suami-isteri) kena bertolak-ansur. Jika ada apa-apa perselisihan cepat-cepat maafkan.
Dugaan sentiasa datang… selalu cium isteri tambahkan kasih sayang
3. Kita kena bijak mengatur rumahtangga. Dugaan-dugaan sentiasa datang. Sebagai suami dan ketua dalam rumahtangga kita kena bijak bertindak dalam menghadapi dugaan itu.
Dugaan untuk Ikin bukan sikit tapi banyak. Saya kena cool kan (tenangkan) dia dan beri sokongan.
4. Sebagai suami, kita mesti membelai isteri dengan kasih sayang. Jika hari-hari kita selalu cium isteri kita, ia akan menambahkan lagi kasih sayang.
5. Suami juga kena membantu isteri membuat kerja rumah yang diperlukan. Sama-sama kita saling membantu
6. Pandanglah wajah isteri kita dengan kasih sayang. Bila saya tengok wajah isteri... sejuk rasa hati dan tenang jiwa. Isteri adalah peneman hidup kita.
Waktu pujuk isteri kena belai
7. Kalau isteri merajuk... kita mesti pandai pujuk cepat-cepat dan tenangkan dia.
Kita kena cakap dengan dia lemah-lembut bagi jiwanya kuat kembali.
Saya cakap bagi motivasi untuk dirinya. Lepas tu… dia akan berubah dan tension (tekanan jiwanya) hilang. Dia jadi okey kembali.
Waktu pujuk isteri, kita kena peluk dia ... dan belai dia.
Kalau dia nangis, kita lapkan air mata dia sambil peluk dia.
Itu adalah tujuh perkara yang Mawi lakukan.
IKIN kelihatan tersangat cantik dengan fesyen jubah menutup aurat. |
Tolak ansur dan kejujuran penting
BAGAIMANA pula dengan Ikin? Apakah tujuh perkara yang Ikin (sebagai isteri) lakukan untuk menambahkan kebahagiaan rumahtangga?
Bicara Ikin:
1. Tolak-ansur dan kejujuran itu sangat penting untuk membina rumahtangga yang bahagia.
2. Sebagai isteri, kita kena masak untuk suami makan. Suami suka makan masakan isterinya. Mawi suka makan masakan asam pedas ikan pari.
Di rumah kami tak ada pembantu rumah, jadi semua Ikin buat sendiri. Mawi pun ada bantu.
3. Ikin ni jenis hot-tempered (panas baran). Jadi bila panas aje... dia (Mawi) yang cool kan (tenangkan) Ikin. Tapi perasaan marah Ikin sekejap aje.
Bila Ikin tengah marah... dia suruh Ikin luahkan apa-apa yang nak dikeluarkan (dalam hati) dulu.
Lepas tu... barulah dia bercakap dengan Ikin.
Tak ada laa marah sampai gaduh-gaduh besar. Mintak-mintak (Allah) jauhkan dari gaduh-gaduh yang sampai bercerai-berai.
Dugaan yang teruk bila orang buat fitnah
4. Badai dugaan rumahtangga teruk. Tapi kita kena tempuh juga. Mawi banyak beri motivasi.
Dugaan yang teruk sekali Ikin tempuh bila orang-orang mengata dan buat fitnah yang kita tak buat.
5. Bila Ikin nangis... dia (suami) pandai pujuk. Ikin suka dia pujuk.
Dia akan kata: Dah laaa... tu… janganlah dibesar-besarkan (hal itu). Kalau dia salah... dia minta maaf. Padahal bukan dia yang bersalah tapi orang lain yang buat Ikin nangis.
6. Dia (Mawi) pandai ambil hati Ikin. Dia suka bagi hadiah pada Ikin. Hari-hari biasa pun dia bagi hadiah. Macam-macam hadiah. Ada-ada saja dia nak bagi.
7. Kami selalu hiburkan hati. Mawi pandai buat lawak. Itu yang selalu buat hati Ikin terhibur.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah... semoga Mawi dan Ikin bahagia hingga ke syurga. Amin.
Peminat sibuk ambil gambar MAWI. |
Mawi semakin maju
NAMA sebenar Mawi ialah Asmawi Ani (28 tahun) dan nama sebenar Ikin pula – Nor ‘Ashikin Rahmat (30).
Mereka berasal dari Johor dan bernikah pada 20 Disember 2008. Ikin pernah dua kali keguguran kandungannya.
Marilah kita semua doakan mudah-mudahan akan datang Allah kurniakan ramai anak yang soleh kepada mereka. Insya-Allah.
Mawi sekarang semakin bertambah maju. Dia bukan saja pandai menyanyi, berlawak, berlakon dan buat bisnes tapi sudah mula belajar mengarah telemovie pertama berjudul Paknil... Ibu Kirim Salam untuk siaran raya Aidilfitri di Astro. Jangan lupa tengok tau!.
Sejak Mei lalu, Mawi sudah buka perniagaan Medan Selera Lambai-Lambai di Jalan Mariamah, Johor Bahru (belakang Hospital Sultanah Aminah).
Ada lapan lot kedai di situ menjual bermacam jenis makanan dan minuman. Silalah singgah ke sana!.
Dapatkan album lagu-lagu dakwah Mawi berjudul Allah Habibi terbitan Maestro Records. Syahdu perasaan siapa dengar lirik lagu-lagu dakwah Mawi!
Jom beli… Insya-Allah ramai yang suka nanti bila dengar lagu-lagunya yang mendekatkan diri kepada Allah.
JUWIE : Alhamdulillah… Mawi dan Ikin terlalu baik dengan Juwie… bila SMS atau telefon cepat mereka layan.
0 comments:
Post a Comment