Haji Mohammad Khir dan Haji Azmin tinggal satu khemah di Arafah


P
ADA
musim haji tahun lalu (1430Hijrah bersamaan November 2009)... alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan Allah telah menurunkan setinggi rahmat kepada para jemaah haji. Semoga semuanya mendapat haji yang mabrur.
Tahniah dan syukran kepada Kerajaan Arab Saudi dan juga pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia serta syarikat-syarikat swasta dan sesiapa sahaja yang terlibat mengendalikan urusan jemaah haji tahun lalu. Semoga Allah membalas jasa baik mereka dengan istana di syurga.

Sewaktu Hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah 1430 (bersamaan 26 November 2009), Juwie telah singgah ke dalam khemah pakej VIP Zahafiz Travel & Tours, Malaysia selepas zohor.
Kelihatan di situ ada bekas Menteri Besar Selangor yang popular - Haji Datuk Seri Dr. Mohammad Khir Toyo (44 tahun) bersama Ustaz Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz (pengetua program Imam Muda di Astro Oasis) dan sahabat - sahabatnya.

Berdekatan mereka pula kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Selangor - Azmin Ali (45) yang baru pertama kali mengerjakan haji. Beliau pernah mengerjakan umrah sebanyak empat kali. Azmin bersama sahabat-sahabatnya.
Walaupun berlainan parti politik tetapi mereka kelihatan mesra bila diminta bergambar bersama-sama. Bahkan sifat tawaduk Haji Dr. Mohammad Khir secara spontan memeluk bahu Azmin ketika bergambar. Wajah mereka ceria sebagai umat Islam yang bersaudara.
Lihat foto-foto mereka yang Juwie rakamkan di ruangan ini.

Semuanya ini berlaku atas kehendak Allah dan tiada siapa dapat menghalang takdir Allah. Alhamdulillah... Ini juga adalah di antara rahmat Allah pada Hari Wukuf di Arafah. Janganlah ada yang berprasangka kurang manis. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.



FOTO: Dr. Mohammad Khir (kiri) bersama Azmin.

Sewaktu mereka keluar dari khemah pula beberapa jemaah haji turut mengambil gambar kenangan bersama mereka. Alhamdulillah mereka tidak sombong. Mereka melayan jemaah haji dengan mesra.
Dr. Mohammad Khir sudah tiga kali mengerjakan haji dan setiap tahun dia terpilih menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah. Tidak terkira... entah sudah berapa kali umrahnya. Alhamdulillah.

Dr. Mohammad Khir berdoa di Arafah agar semua umat Islam bersatu, semoga negara dan rakyat Malaysia bertambah maju serta mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin...Alhamdulillah. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Selangor.
Sewaktu di Mekah, pakej haji VIP itu menginap di Hotel Zam Zam Tower dan di Madina pula mereka menginap di Hotel Oberoi.



FOTO: Dari kiri: Ustaz Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz (kiri), Dr. Mohammad Khir bersama sahabat-sahabat di dalam khemah di Arafah.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates