Islamic Fashion Festival(IFF) 3 hari di Monte Carlo

IMG_1216 18-16-16 RR
DATUK RAJA REZZA SHAH

PENGASAS dan pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF) – Datuk Raja Rezza Shah berlepas ke Monte Carlo, Monaco pada 27 Julai lalu untuk membuat persiapan showcase IFF: Kuala Lumpur – Jakarta – Monte Carlo selama tiga hari dari 7 hingga 9 Ogos 2010.

Menurut pengurus acara – Farah Daud, pada 9 Ogos diadakan majlis jamuan amal makan malam di Monaco Sporting Club.

Hasil kutipan amal itu untuk dana Prince Albert II Monaco Foundation yang mempromosikan ekologi dunia.

Menurut Farah lagi, tetamu kehormat yang dijangka hadir pada majlis gemilang itu ialah Perdana Menteri – Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersama isteri – Datin Seri Rosmah Mansor, Putera Albert II, Perdana Menteri Qatar, Ketua Menteri Sarawak – Pehin Sri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Kerabat Diraja Malaysia serta Arab. Selebriti terkenal dunia juga dijangka turut hadir.

Press Conference-3
DATIN SERI ROSMAH (kiri) selaku penaung IFF bertemu peragawati IFF pada masa lalu.

Dari senarai atur cara majlis itu yang diberikan Farah, tercatit nama Rosmah dan Raja Rezza Shah akan memberikan ucapan di pentas. Rosmah juga akan menerima award dari Putera Albert II.

Kumpulan Kebudayaan Sarawak akan membuka tirai acara dengan tarian selamat datang ‘Zapin Sarawak’. Penyanyi Syafinaz juga turut menyanyi.

IMG_0575 18-16-08
DATUK TOM ABANG SAUFI (depan).

Fesyen-fesyen busana muslim eksklusif yang akan diperagakan oleh model-model dari Monaco ialah rekaan – Datuk Tom Abang Saufi, Melinda Looi, Michael Ong, Khoon Hooi, Variante dan Albert King.

Pereka fesyen lain yang terlibat menampilkan hasil pakaian mereka ialah: Itang Yunasz (dari Indonesia), Ghea Panggabean (Indonesia) dan Hindi Mehdi (Paris).

Tahniah kepada mereka yang terlibat mengangkat martabat fesyen Islamik ke persada dunia!

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates