ROSMAH… jelita… manis dan menawan. Foto ihsan: Nusantara Iman | ROSMAH menyanyikan lagu Kini Baru Kau Rasa dan And I Love You So. |
SUARA merdu jelitawan negara - Datin Seri Rosmah Mansor mendendangkan dua buah lagu berjaya menambat hati dermawan untuk menyumbang derma RM100,000 ke dalam Tabung Kemanusiaan Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) pada 26 julai lalu.
Isteri Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak itu berjaya memukau hampir 500 orang yang hadir di majlis makan malam amal bertempat di K. Club, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Rosmah mendendangkan lagu evergreen popular Kini Baru Kau Rasa dan And I Love You So. Beliau mendapat tepukan gemuruh penonton. Ada juga peminat yang naik ke pentas dewan ballroom itu untuk menghadiahkan bunga kepada beliau.
Wajah-wajah jelita Rosmah. Foto ihsan: Nusantara Iman. |
Selepas menyanyi, Rosmah berseloroh mesra dengan para hadirin dan semua orang tergelak. Begitulah sifat Rosmah yang ramah mesra dan disenangi ramai.
Derma RM100,000 itu adalah sumbangan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd. - Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din sebagai menaja nyanyian amal Rosmah. Alhamdulillah… semoga Allah merahmati Rosmah dan Mohamed Mansor sekeluarga hingga ke syurga… Amin!
Nyanyian Rosmah yang mempesonakan itu diiringi oleh band Badan Kesenian Tentera Darat. Turut menghiburkan penonton ialah penyanyi Liza Nordin dan tarian-tarian tradisional Melayu yang indah. Presiden KVUM - Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail pula menyampaikan ucapan dan sebuah puisi yang indah.
Muka depan majalah Yajameel. | Senyuman mesra Rosmah. |
Rosmah memakai sepasang baju kebaya bersulam cantik warna hijau pisang. Wajah jelitanya yang putih berseri tidak jemu dipandang.
Bila beliau tergelak sewaktu berseloroh dengan para hadirin pun kelihatan amat cantik menawan. Saksikan foto-foto jelita beliau di ruangan ini yang sempat Juwie rakamkan dan juga lima foto wajah beliau bertudung ihsan dari Nusantara Iman.
Kejelitaan wajah Rosmah pernah beberapa kali menjadi penghias muka depan majalah-majalah wanita dan majalah Islamic Fashion Festival ‘Yajameel’ terbitan Nusantara Iman.
JUWIE: Suka tulis yang baik-baik… dan semoga malaikat pun mengaminkannya.
ROSMAH (tengah) Melepaskan ikatan belon sewaktu melancarkan Tabung Kemanusiaan KVUM di K. Club, Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu. |
Rosmah seru badan korporat bantu jayakan Tabung Kemanusiaan KVUM
SEBELUM menyanyi, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan ucapan perasmian dan melancarkan Tabung Kemanusiaan Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM).
Suara ucapannya amat jelas serta mudah difahami. Beliau seorang pemidato yang mudah menarik perhatian audien.
Beliau menyeru golongan berkemampuan termasuk badan korporat tampil membantu menjayakan usaha amal jariah Tabung Kemanusiaan KVUM.
ROSMAH tersenyum sewaktu berucap. Ramai tertarik dengan ucapannya. |
Menurut beliau, usaha murni KVUM itu dapat membantu kerajaan mencapai matlamat kemiskinan sifar di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Insya-Allah.
Tabung itu untuk membantu anak-anak yatim, fakir miskin, orang kurang upaya, pesakit kronik dan mangsa bencana alam.
Yang menariknya, Rosmah mempelawa Presiden KVUM - Datuk Raja Ahmad Niza supaya menulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (suami beliau) untuk memohon sumbangan amal itu. Para hadirin terus bertepuk tangan sebagai tanda ucapan terima kasih.
Alhamdulillah… mulianya hati Rosmah dan suaminya - Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak. Mereka suka buat kebajikan dan bersifat murah hati dengan rakyat.
Rosmah yang dermawan. Foto ihsan: Nusantara Iman. | Berderet-deret orang nak bersalam dengan Rosmah. |
Juwie teringat suatu hari dulu… Rosmah pernah menerima hadiah berjuta ringgit dari seorang Kerabat Diraja Arab kerana sifat amanahnya. Ketika itu Rosmah memulangkan semula barang berharga milik Kerabat Diraja itu yang ditemuinya di dalam sebuah bot mewah.
Kemudian dengan sifat murah hati, beliau mendermakan wang berjuta ringgit itu kepada badan-badan kebajikan di Malaysia. Kalau orang lain dapat hadiah wang berjuta-juta… sudikah mendermakannya seperti Rosmah?
Para tetamu VIP yang hadir | Dua dari kiri: Raja Ahmad Niza, Jimmy C.K. Yang dan Munir. |
Menurut ketua penerangan KVUM - Munir Ghazali, pihaknya juga menerima sumbangan sebuah kondominium bernilai RM200,000 dari Presiden dan CEO K Club Worldwide Sdn. Bhd. - Jimmy C. K. Yang.
Lain – lain sumbangan dari: Menteri Pertahanan – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (RM60,000 dan setiap tahun akan datang RM5,000 derma bulanan, Menteri Besar Pahang – Datuk Seri Adnan Yaacob – RM10,000 dan Tan Sri Zainuddin Maidin (mantan Menteri Penerangan).
Majlis jamuan makan malam amal itu penuh sesak dengan para tetamu VIP, ahli-ahli KVUM, anak-anak yatim dan artis-artis terkenal.
Rosmah bersalam mesra dengan para hadirin sebelum pulang. | Rosmah sain autogeraf untuk peminatnya. |
Ramai hadirin termasuk kanak-kanak berebut nak bersalam dengan Rosmah yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia. Ada juga yang meminta tanda tangan Rosmah. Glamor gitu!
Tan Sri Mohamad Mansor (penderma RM100,000) | Datuk Johan Jaaffar melambai sewaktu hendak pulang. |
Turut hadir pada majlis itu ialah - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan - Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Media Prima - Datuk Johan Jaaffar, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan - Datuk Abdul Aziz Ishak, Tan Sri Mazlan Nordin, Datuk Khalid Yunus , Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Mustapha Maarof , Datuk Yusof Haslam, Tan Sri Mohamad Mansor Fateh Din dan Datuk Rosnah Abdul Majid.
Tiga Datuk dari kiri: Mustafa Ton, Mustapha Maarof dan Yusof Haslam bersama isterinya. | Tan Sri Mohamed Hashim (kiri), Raja Ahmad Niza dan Rosmah. |
Kepada semua orang yang terlibat menjayakan usaha amal jariah KVUM ini, semoga mereka mendapat balasan rahmat Allah dengan istana terindah di syurga di akhirat nanti. Insya- Allah. Amin.
Jom seluruh umat Islam... marilah kita beramai-ramai bersedekah kepada orang yang memerlukan .
Nombor telefon KVUM : +603-4106 9918 dan fax : +603-4106 8199.
Renungkan hadis mengenai sedekah:
1. DARI Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu (malaikat) berdoa: ‘Wahai Allah! Berikanlah ganti bagi dermawan yang sedekahkan hartanya.’
“Dan yang satu lagi (malaikat) berdoa: ‘Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil (kedekut)!’ – (Hadis bilangan 963 riwayat Muslim).
2. Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah s.a.w sabdanya:
“Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang.
“Seseorang yang pemaaf, Allah tambahkan kemuliaan baginya.
“Dan seseorang yang tawaduk (merendah diri) kepada Allah, maka Allah naikkan (tingkatkan) darjatnya.”
- (Hadis bilangan 2218 riwayat Muslim).
JUWIE: Selalu doakan rahmat Allah hingga ke syurga untuk seluruh umat Islam di dunia. Semoga kita semua bersatu padu dan hidup bertakwa.
0 comments:
Post a Comment