Ucapan ‘ I Love You ‘ sehari 18 kali untuk Rozita


HMMM...alangkah bahagianya aktres jelita putih melepak yang glamor dan top – Rozita Che’ Wan (38 tahun) yang sedang hangat bercinta dengan ‘S’ di Singapura.
Pada 11 Jun lalu, Juwie tanya pada Rozita (Ita): Pernah ke ‘S’ ucapkan ‘I Love You’ pada Ita ?
“ Hari-hari (dia ucapkan) I Love You. (Adakalanya) sampai 18 kali termasuk kiriman SMS,” jawab Ita tergelak manja.
Ita berjiwa penyayang, manja, lemah-lembut, cepat mesra dan tidak sombong. Sebab itu ramai peminatnya. Sama – samalah kita doakan agar Ita bertemu jodoh pada tahun 2011, insya-Allah.





JUWIE : I love every body.






‘Tuuu...Dia Kiah Nak Raya’


PRODUSER Zeel Productions – Haji Fadhil Teh beritahu Juwie, dia nak ambil Rozita Che’ Wan (Ita) berlakon jadi heroin telemovie ‘Tuuu...Dia Kiah Nak Raya’. Shootingnya di Kangar, Perlis mulai 30 Julai ini. Ita pegang watak Che Kiah.
Menurut Fadhil, Ita bercuti ke London pada 30 Jun lalu selama 10 hari. Tentulah seronok Ita dapat berehat dari berlakon dan bershopping di kotaraya yang terkenal dengan ‘Harrods’.
Turut berlakon dalam telemovie itu ialah Zain Saidin, Azzah Elite, Sabrina, Fasha Sandha dan ramai lagi. (Lihat foto pelakon - pelakon di sebelah kanan).Tayangannya di Astro sempena menyambut Aidilfitri nanti.






JUWIE : Tuuu...Dia...Darling sudah mari !!!

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates