APA IMPIAN HIDUP ARIL?

PENYANYI Aril AF7 yang juga hos Trek Selebriti (Astro) sangat popular! Ramai peminat jatuh hati padanya.

Apa impian hidup Aril?

ARIL : ‘‘Impian hidup saya nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang manusia dan seorang hamba Allah dengan sempurna... Insya -Allah. Saya nak jaga mak dan ayah saya... itu yang paling best dan nak berjaya dalam hidup’’.

Aril dah ada girlfriend ke belum?

ARIL: ‘‘Tak ada’’.

Aril pernah putus cinta?

ARIL: “Lama dah (dulu)....(putus cinta masa) zaman cinta monyet dulu ade le...’’

Sebab apa Aril putus cinta?

ARIL: ‘’Sebenarnya biasa la... pergi belajar then duduk (tinggal pula) jauh... cam tu la...Saya pada masa itu mana ada kereta, motor...susah naik bas...so memang takde mana la nak serius (bercinta)...’’

Aril lulusan Diploma Rekaan Grafik (2008) dari Akademi Multi-media Kuala Lumpur. Dia tinggal di Kuala Lumpur bersama abangnya, penyanyi popular – Izwan Pilus.

Pada 8 Julai lalu, emak dan ayahnya dari Kampung Gubah, Nyalas, Jasin, Melaka datang ziarah

ke rumah Aril dan Izwan di Kuala Lumpur.


Aril sedang buat persiapan untuk rakaman program raya Trek Selibriti Astro dan sambungan penggambaran siri drama ‘Kau Dan Aku’ (Astro) musim kedua pada September depan.

Aril seorang anak yang baik. Wajah ‘Korean Look’nya sesuai untuk jadi hero siri drama cinta remaja seperti siri drama TV yang popular di Korea berjudul ‘Winter Sonata’

JUWIE: Kalau di Korea mungkin Aril dah jadi top star Asia.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates