CHEF RIZ & FARHAN BUKA RESTORAN RM1.5 JUTA


DUA sahabat baik – (lihat foto kanan) Chef Riz Redz (Nazri Redzuawan), dan Muhammad Farhan Datuk Seri Shafee (kanan) berkongsi usaha membuka restoran mewah bernama On The Table dengan modal RM 1.5 juta.
Restoran itu menyediakan hidangan menu antarabangsa. Alamatnya : A4-UG 1.08, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas (1), 50480 Kuala Lumpur. Nombor telefonnya : +603-6207 9966.
Pada 26 Jun lalu, Chef Riz (anak Chef Wan) mengadakan majlis sambutan hari jadinya ke 28 tahun serentak dengan pembukaan restoran itu.
Chef Riz popular menerusi program Jurnal Chef di RTM1 setiap khamis pukul 12 tengah hari.
Bapanya – Chef Wan tidak dapat hadir pada majlis itu kerana berada di Istanbul, Turki. Tapi ibu Chef Riz iaitu Norhayati Ayob (berbaju ungu di tengah) turut hadir bersama Serina (adik Chef Riz). (Lihat foto kiri).
Pada bulan Ogos nanti, Chef Riz akan ikut bapanya ke Sepanyol untuk rakaman program ‘ Citarasa Ayamas Sedunia’ (TV3).


FARHAN ANAK PEGUAM TERKENAL
MUHAMMAD Farhan adalah pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) di Universiti Leeds, United Kingdom. Bila musim cuti pengajian dia akan pulang ke Kuala Lumpur membantu urusan di Restoran On The Table di Solaris Dutamas bersama Chef Riz.
Farhan ialah anak kepada peguam terkenal – Datuk Seri Muhd Shafee Abdullah dan Datin Seri Suriana Hanur.
Untuk maklumat lanjut mengenai restoran itu sila hubungi emel : chefriz@culinarybrilliance.com


JUWIE : Suka beri sokongan anak Malaysia berjaya sampai ke world !

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates