Khutbah Jumaat (9 Julai): ‘ANTARA IMAN DAN KUFUR’


SEBELUM Solat Jumaat pada 9 Julai lalu, Imam Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa, Kuala Lumpur iaitu Ustaz Ahmad Khirwan Said, 27 tahun (lihat foto)elah menyampaikan khutbah bertajuk ‘Antara Iman Dan Kufur (kafir)’.

Teks khutbah itu diterbitkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAKIM).

Kesimpulan dari khutbah itu ialah:

1. Sebagai seorang muslim mukmin, kita hendaklah percaya dan yakin dengan apa jua perkhabaran yang datang daripada Nabi s.a.w.

2. Peristiwa Israk dan Mikraj membuktikan kekuasaan Allah dan kemuliaan baginda s.a.w.

3. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu ujian Allah terhadap keimanan hamba-hamba – Nya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali – Imran ayat 149 bermaksud:

‘‘Wahai orang – orang yang beriman, sekiranya kamu patuh kepada mereka yang kufur maka sudah pasti mereka akan menyalahkan kamu dan kamu tergolong dari kalangan mereka yang rugi.’’

Ayat itu sungguh menarik. Kita hayati pula ayat dalam surah yang sama itu dari kitab tafsir al-Quran yang di cetak di Kompleks Percetakan Al-Quranul Karim kepunyaan Raja Fahd di Madina di bawah pengawasan Kementerian Urusan Agama Islam Wakaf, Dakwah dan Irsyad Kerajaan Saudi Arabia.

Maksud surah Ali – Imran:

Ayat 149: Hai orang – orang yang beriman , jika kamu mentaati orang – orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang – orang yang rugi.

Ayat 150: Tetapi (ikutilah Allah), Allah – lah Pelindung mu dan Dialah sebaik – baik Penolong.

Ustaz Ahmad Khirwan adalah graduan Diploma Tahfiz (2007) dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau berasal dari Kampung Chendering Balai, Teluk Intan Perak.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates