Festival Fesyen Islamik (IFF) di Jakarta meriah dan gilang-gemilang!

2a - IMG_1376

FESTIVAL Fesyen Islamik (IFF) Kuala Lumpur – Jakarta yang keempat telah diadakan di Hotel Dharmawangsa, Jakarta pada 29 dan 30 Jun 2010 lalu amat meriah dan gilang-gemilang. Ramai tetamu VIP dari Malaysia dan Indonesia turut hadir.

Beratus fesyen eksklusif pakaian muslimah yang glamor dan mempesonakan digayakan oleh model-model terkenal Indonesia dengan tema Cita Nusantara Dalam Busana Muslim.

Menurut pengurus acara (event manager) IFF – Farah Daud, pakaian itu berasaskan tekstil Kraf Nusantara seperti batik Malaysia, batik Jogja, batik Madura, batik Cirebon, lurik Jawa, songket Palembang, tenun Pontianak, tenun Kalimantan Timur, tenun Nusa Tenggara Timur, tenun Maluku dan tenun Pahang.

1 - IMG_2951
DATUK RAJA REZZA SHAH (kiri) bersama para pereka fesyen IFF di Jakarta.

Pada 29 Jun, jam 8 malam diadakan majlis Jamuan Gala di Grand Ballroom. Pereka fesyen terkenal dari Malaysia yang menampilkan rekaan mereka pada majlis itu ialah Datuk Tom Abang Saufi dan Melinda Looi.

Sementara pereka fesyen terkenal dari Indonesia yang menonjolkan rekaan mereka ialah Ghea Penggabean, Milo dan Samuel Wattimena.



4b IMG_2720 3b IMG_0971

Hari kedua 14 pereka fesyen terlibat

Pada hari kedua 30 Jun pula, jam 11.30 pagi di tempat yang sama dibariskan beraneka fesyen eksklusif ciptaan pereka fesyen terkenal dari Malaysia dan Indonesia.

Sepuluh pereka fesyen dari Indonesia ialah: Merry Pramono, Jeni Tjahyawati, Hani Hananto, Iva Lativah, Nunik Mawardi, Zaenal Songket, Ian Adriana, Safitri, Ali Karisma dan Ida Royani (dulu penyanyi popular tahun 1970an).

Sementara koleksi fesyen dari Malaysia hasil rekaan pereka kreatif - Khadani, Mona Din Hajaba, Noraini Jarumas dan koleksi Kraftangan Malaysia.


IMG_2710 2b - IMG_0650 DSCN1062



FARAH
(Pengurus Acara).

Menurut Farah lagi, IFF itu mendapat sokongan serta tajaan dari beberapa syarikat seperti Puncakniaga dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Di antara orang kenamaan (VIP) dari Malaysia yang turut hadir pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis – Tuanku Syed Faizuddin Putra, Raja Puan Muda Perlis - Tuanku Lailatul Shahreen Khalil Akashah dan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Terima kasih kepada pelopor acara gemilang itu iaitu Nusantara Iman yang diterajui oleh Datuk Raja Rezza Shah yang memberikan gambar-gambar show untuk dipaparkan di dalam blog Juwie ini.

Tahniah kepada semua yang terlibat mempopularkan busana muslim yang semakin diminati ramai di seluruh dunia.

4a IMG_0563 3a IMG_0455 IMG_3534


RAJA REZZA SHAH

Raja Rezza Shah adalah pengasas IFF dan peneraju syarikat Nusantara Iman yang terkenal di peringkat antarabangsa. Dulu tahun 80-an beliau terkenal sebagai penyanyi dan pelakon Ali Setan.

Penaung IFF ialah Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia.

Sila klik gambar web album cover di bawah untuk melihat foto-foto menarik IFF – Kuala Lumpur – Jakarta.



Fesyen (IFF) di Jakarta 29 Jun 2010
Fesyen (IFF) di Jakarta 30 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates