FIRA – Artis yang pernah jadi juara silat

35432_1216726077221_1800950593_41322 12102009537-C

FIRA SEDANG BERAKSI SILAT.

PENYANYI FIRA LAMBAI SIAPA TU?

TIDAK ramai yang menyedari bahawa penyanyi Fira (Mentor 3 di TV3) pernah menang dalam pertandingan acara sukan silat. Dia memiliki tali pinggang merah dari Silat Pusaka Gayong.

Fira atau nama sebenarnya. Hunanis Zafira Huzaini (18 tahun) pernah merakamkan lagu single berjudul Bukan Niatku. Dia berkawan rapat dengan pelakon remaja popular yang cun - Amran Ismail (24).

Kini Fira sedang melanjutkan pengajian Diploma Muzik di Universiti Institut Teknoloji MARA (UiTM), Shah Alam sejak Januari 2010.

34155_1216725917217_1800950593_41322 34155_1216725997219_1800950593_41322

FIRA (KANAN) BERSAMA RAKANNYA.

FIRA (KANAN) BERSAMA RAKAN SEWAKTU MENYERTAI  SUKAN MALAYSIA (SUKMA KE-8) DI MELAKA PADA JUN LALU.

Menurut Fira, dia mula belajar silat sejak berusia 13 tahun semasa menuntut dalam tingkatan satu di Sekolah Menengah Selayang Baru, Selangor.

Pengalamannya sewaktu latihan silat menggunakan pelbagai jenis senjata seperti pisau, sabit, parang, kayu, baton dan tongkat. Sampai pernah seluruh badannya lebam dan terluka.

Kini ilmu persilatannya bertambah matang dan dapat menyertai pertandingan silat.

33430_1216726037220_1800950593_41322 34155_1216725797214_1800950593_41322-C

FIRA (DI BELAKANG)

SEDANG BERTANDING SILAT

Juara Kejohanan Silat Terbuka Remaja Kebangsaan 2007

PADA 2007, Fira berjaya menjadi juara beregu dalam Kejohanan Silat Terbuka Remaja Kebangsaan di Johor Bahru.

Pada 2008 pula, Fira juga menang juara dalam acara silat semasa Sukan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Malaysia di Kelang, Selangor dan Jemputan Asean.

Bagaimanapun semasa mewakili Pasukan Silat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-8 di Melaka pada Jun lalu, Fira hanya mendapat tempat keempat. Dia menyertai kategori Seni Ganda Puteri (tempur).

Kata Fira : ‘‘ Cita –cita saya suatu hari nanti nak mewakili Malaysia ke pertandingan acara silat peringkat antarabangsa.’’

12102009536

AKTOR AMRAN ISMAIL (KIRI) BERSAMA KAWAN BAIKNYA  - FIRA

Aktor Amran belajar silat dengan Fira

DULU semasa Fira tidak sibuk, dia ada juga mengajar anak - anak muda latihan bersilat. Bahkan pelakon Amran pernah beritahu Juwie : ‘‘Fira pernah ajar Am bersilat masa hujung tahun lalu.’’

Semoga Fira terus berjaya dalam pengajian dan sukan persilatannya. Hem! Hem! Semoga hubungan baik Fira dengan aktor Amran pula terus bahagia. He! He!

JUWIE : Jika ada persatuan – persatuan pelajar dari seluruh universiti di dunia yang ingin hantar gambar dan laporan aktiviti mereka, bolehlah MMS ke nombor telefon: +6017 235 8916 atau emel kepada – auwjuwie@gmail.com

JUWIE: Alhamdulillah! Dah makin ramai orang tengok blog ini termasuk dari luar negara.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates