Jemaah haji tak jumpa garisan memulakan tawaf, hilang beg dan sehari tak jumpa jalan pulang ke hotel

Picture 3389

Suasana musim haji tahun 1430H (2009).

PENGERUSI Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa, Kuala Lumpur – Haji Abdullah Mohamad (57 tahun ) ada banyak pengalaman dan cerita menarik semasa beliau mengerjakan haji dan umrah beberapa kali.

Ceritanya boleh dijadikan iktibar kepada kita, supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama semasa mengerjakan ibadah di Tanah Suci Mekah.

Untuk kali ini, disiarkan dua peristiwa dulu.

Picture 3377
HAJI ABDULLAH (kanan) bersama isterinya di luar Masjidilharam.

BICARA HAJI ABDULLAH:

1. PADA tahun 1974 saya mengerjakan haji pertama (Haji Tamattu) dan membawa 77 jemaah ikut pakej sebuah agensi swasta. Jemaah VIP ada 17 orang dan saya selaku pengurusnya.

Perasaan saya berdebar-debar kerana selama ini saya dengar cerita dari mulut-mulut orang kata...sekiranya kita nakal, nanti kita tak dapat lihat Kaabah.

Sebelum pergi haji, saya banyak buat solat taubat untuk memohon ampun kepada Allah dan mensucikan hati.

Syukur Alhamdulillah... bila masuk saja ke dalam Masjidilharam, Mekah melalui pintu Babussalam, terus saya bertakbir ‘Allahu Akbar’ dan dapat melihat Kaabah.

Sewaktu berada 20 meter daripada Kaabah dekat Makam Ibrahim, saya terus buat sujud syukur. Air mata saya berlinangan dan perasaan sebak sangat kerana terlalu bersyukur kepada Allah.

Sejak hari itu dan setiap kali saya masuk ke dalam Masjidilharam melihat Kaabah, perasaan saya akan sebak dan menangis.

Masa kali pertama tiba di Kaabah, saya bersama seorang kawan lelaki hendak mengerjakan umrah. Tetapi pada waktu itu sudah masuk waktu Isyak.

Saya beritahu kawan saya supaya solat fardu Isyak terlebih dahulu sebelum memulakan tawaf.

Tapi kawan saya ajak buat umrah dulu, barulah solat Isyak. Sepatutnya solat yang fardu dan wajib didahulukan.

SSL22297-1
Tiga sahabat haji (dari kiri): Osman, Azli dan Abdullah.

Kawan saya sudah ada banyak pengalaman sebab dia sudah pernah mengerjakan umrah dulu dan saya pula baru pertama kali... jadi saya ikut saja cakap dia.

Saya pun ikut dia cari garisan permulaan di lantai dekat penjuru Hajarulaswad untuk memulakan tawaf. Tempat itu bertentangan dengan lampu hijau di atas tangga yang menuju ke tempat saie.

Dah berapa kali saya perhatikan lampu hijau itu dan sudut Hajarulaswad di Kaabah tapi masih tak jumpa garisan di lantai untuk memulakan tawaf. (Garisan itu juga adalah tempat berakhirnya pusingan tawaf).

Picture 3375
Dua dari kiri: Haji Abdullah bersama isteri dan Haji Osman bersma isterinya sedang makan di Dataran Masjidilharam.

Kami pusing Kaabah dah tiga kali tapi masih tak nampak jua garisan itu.

Kemudian saya ajak kawan saya sekali lagi supaya kami buat dulu solat Isyak yang wajib itu. Lepas tu barulah buat umrah.

Dah selesai solat Isyak, barulah kami jumpa garisan panjang yang lurus menuju ke sudut Hajarulaswad.

Bila dah pijak di garisan itu, barulah kami mulakan tawaf. Tapi sekarang ini, garisan itu sudah dipadamkan.

Bila saya dah lafaz niat tawaf dan bertakbir ‘Allahu Akbar’… saya nangis sepanjang bertawaf (tujuh kali pusingan kaabah).

Selepas habis tawaf dan solat sunat, kami sempurnakan pula ibadah saie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwa (tujuh kali ulang-alik) hinggalah selesai bertahalul. Saya menangis sewaktu buat sujud syukur.

masjid-nabawi
Indahnya Masjid Nabawi di Madina bercahaya pada waktu malam.

Jemaah wanita terima balasan Allah selepas marah-marah

2. SAYA baru ada pengalaman pertama kali ke Tanah Suci, jadi ada laa... jemaah yang sudah berpengalaman beberapa kali ke Tanah Suci memandang rendah pada saya.

Ada juga jemaah yang suka marah-marah. Terus selepas dia marah-marah... sekelip mata Allah turunkan balasan pada dia.

Jemaah wanita ni (berusia 60an) marah – marah pada hari pertama tiba di hotel di Madina. Dia mengeluh sebab lambat daftar masuk bilik.

Selepas selesai daftar masuk bilik, dia bersama suaminya keluar pergi ke Masjid Nabawi untuk bersolat Maghrib.

Kemudian selepas solat Isyak, suaminya balik ke hotel dan mengadu isterinya hilang.

Saya bersama kawan-kawan ajak suaminya pergi ke Masjid Nabawi untuk mencari isterinya. Tapi dah puas kami pusing keliling Masjid Nabawi hingga lewat malam pun masih tak jumpa isterinya.

IMG_0516
Di bawah kubah hijau di Masjid Nabawi, Madina terdapatnya Makam Rasulullah s.a.w. dan dua sahabat – Saidina Abu Bakar r.a.dan Saidina Omar r.a.

Lepas tu, esoknya kami ajak suaminya lagi pergi mencari isterinya selepas solat Asar tapi tak jumpa juga.

Selepas solat Isyak pula, kami pergi cari wanita itu lagi. Dah hampir tengah malam barulah kami jumpa isterinya (yang suka marah – marah tu). Kami jumpa dia di tepi tiang pintu Masjid Nabawi.

Jemaah wanita itu kata… dia tak jumpa jalan balik ke hotel. Beg sandang yang dia gantung kat leher pun dah hilang. Kami bersama suaminya bawa dia balik ke hotel.

Selepas itu, dia masih tak insaf. Dia komplen beg sandang yang kami beri tu katanya… talinya tak kuat sebab itu dia hilang beg.

Lepas dia komplen tu, terus dia jadi tak sihat sampailah sewaktu berada di Arafah (dekat Mekah).

Akhirnya alhamdulillah dia sihat kembali dengan izin Allah setelah kami maafkan dia dan suruh suaminya nasihatkan dia supaya bertaubat.

JUWIE: Allah melarang kita marah-marah atau bertengkar sewaktu mengerjakan ibadah haji.

Oleh itu, sesiapa yang suka bertengkar marah-marah terimalah balasan yang diturunkan oleh Allah kerana dia engkar dengan perintah Allah.

26052009332
Suasana di Raudah, Masjid Nabawi di Madina.

Firman Allah bermaksud:

Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka (dia) tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh BERTENGKAR, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.

“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekalan dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahami.” – (SurahAl-Baqarah ayat 197).

  • Maksud beberapa bulan yang termaklum ialah musim Haji itu meliputi bulan-bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah.

  • Larangan bercampur dengan isteri termasuk juga segala yang menimbulkan (menaikkan) nafsu berahi sama ada dengan perbuatan atau perkataan.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates