CHEF ISMAIL (kiri) bersama DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR – pengusaha Restoran Rebung. |
RESTORAN Rebung di Bangsar Park, Kuala Lumpur yang dikongsi oleh selebriti Chef Ismail Ahmad bersama angkasawan pertama negara – Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha Shukor berjaya memungut hasil perniagaan RM2.5 juta tahun lalu (2009).
Menurut Chef Ismail, restoran yang dibuka dengan modal RM200, 000 sejak 5 April 2004 itu dikunjungi oleh pelbagai bangsa rakyat Malaysia dan pelancong – pelancong dari seluruh dunia.
“Sejak kami buka tahun 2004 hingga sekarang sudah berjuta orang datang makan dan minum di Restoran Rebung termasuklah VIP dari menteri-menteri kabinet, Kerabat Diraja dan ahli perniagaan.
“Kami ada 35 staf dan dua lot banglow serta dewan makan yang boleh muat 200 orang di kawasan 7, 000 kaki persegi. Kami juga ada bilik solat untuk lelaki dan perempuan.
Dari kiri – HANAFI bersama isterinya – HAIZA, MAYA dan suaminya - TENGKU SHAH REZZA di Restoran Rebung. |
“Menu masakan kami citarasa ala-ala kampung dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan,” kata Chef Ismail, ketika Juwie temuinya pada majlis jamuan makan malam untuk para wartawan di restorannya pada 28 Julai lalu. Turut hadir penyanyi popular – Haiza dengan suaminya – Hanafi dan Maya Matahari bersama seuaminya – Tengku Shah Rezza.
Restoran Rebung di alamat : No. 42, Lorong Maarof (belakkang Dataran Maybank), Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari dari 3petang hingga 11 malam.
Dua dari kiri: HUZZ (editor URTV) dan di kanan sekali - Drs. JOHA (editor kanan Unit Majalah Hiburan Utusan Karya Sdn. Bhd.) bersama rakan-rakan menjamu selera di Restoran Rebung. |
Di restorannya juga ada pentas kecil untuk para pengunjung menyanyi karaoke pelbagai rentak lagu. Meriah gitu! Chef Ismail menyanyi merdu lagu-lagu asli. Nada suaranya tinggi.
Chef Ismail popular sebagai hos program masakan di TV seperti Riang Ria Kampung Nestle Conflakes (TV3), Ala-Ala Kampung (Astro), Kuih Raya Chef Ismail (TV 9), Sajian Murni (TV 1) dan Yok Buat Kuih Raya (TV Singapura).
Beliau juga menjadi Duta Masakan Malaysia dan telah menjelajah ke Paris, United Kingdom, Jerman, India, Banglore, Jepun dan negara-negara Arab untuk mempromosikan masakan Malaysia yang sedap dan lazat.
Pada bulan Ramadan, Restoran Rebung beroperasi dari 3 petang hingga 11 malam. Ia ditutup pada dua hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri selama seminggu. Biasanya ramai orang buat tempahan untuk majlis jamuan raya.
CHEF ISMAIL (duduk) bersama staf Restoran Rebung |
Masakannya memang sedap sangat!
ISTIMEWA pada bulan Ramadan, siapa yang datang berbuka puasa di Restoran Rebung, disediakan 50 jenis lauk pauk ala-ala kampung serta pelbagai jenis minuman dan manisan pencuci mulut.
Harga bufet untuk seorang dewasa hanya RM55 dan kanak-kanak RM35. Murah harganya berbanding mutu masakan lazat yang terlalu banyak disediakan.Pilih saja yang mana kita suka! Ada juga pelanggan datang ke restorannya untuk membeli bungkus bawa balik ke rumah atau pejabat.
Di antara menu masakannya ialah Ketupat Sotong, ikan bakar air asam, Sambal udang , nasi kerabu, nasi dagang, masak lemak daging salai, ketupat sotong, bubur lambuk berulam, pulut durian, air longam, murtabak kurma dan banyak lagi.
Nampaknya berselera gitu! Meleleh air liur! Siapa nak datang eloklah telefon dulu untuk buat tempahan supaya tidak hampa bagi mendapatkan tempat duduk kerana insya-Allah, pelanggan penuh sesak nanti.
Tempahan boleh dibuat menerusi telefon : 03-2283 2119 atau 03 – 2282 4776.
Laman web : www.rebung.com.my
Emel : enquiry@rebung.com .my
Restoran ini juga menerima tempahan untuk catering majlis-majlis kahwin, hari jadi dan kelas masakan. Ia dimiliki oleh Food Parcel Sdn. Bhd.
JUWIE: Suka sifat Chef Ismail yang peramah, cepat mesra, kelakar dan tawaduk.
CHEF ISMAIL (kiri) dan DR. SHEIKH MUSZAPHAR. | Sedapnya suara CHEF ISMAIL menyanyi sebuah lagu asli. |
Chef Ismail kenal Dr. Sheikh Muszaphar ketika terlantar sakit di HUKM
JUWIE bertanya kepada Chef Ismail Ahmad: Bagaimana dia boleh kenal dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor hingga membuka Restoran Rebung di Bangsar, Kuala Lumpur?
Cerita Chef Ismail:
“Saya kenal dia (Dr. Sheikh Muszaphar) masa saya sakit kaki dan duduk di wad Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur.
“Peristiwa tu 10 tahun lalu. Masa saya sakit, dia merawat saya. Dari situ kami terus jadi sahabat baik dan merancang buka bisnes restoran.
“Dia seorang sahabat yang baik dan rajin berkerja. Apa yang dia cita-citakannya, akan diusahakan sampai berjaya (achiever). Dia sangat memahami.”
Chef Ismail sudah lima kali mengerjakan umrah. Insya-Allah pada tahun depan dia merancang untuk mengerjakan haji pula.
Begitu juga Dr. Sheikh Muszaphar sudah berapa kali ke Tanah Suci Mekah dan Madina. Pada suatu musim haji dulu,Juwie pernah jumpa beliau di tempat tawaf Dataran Kaabah. Sewaktu pergi umrah pun jumpa beliau di depan Hijir Ismail selepas solat Jumaat.
Pada 10.10.2010, Dr. Sheikh Muszaphar merancang bernikah dengan tunangnya – Dr. Halina Mohd. Yunos, insya-Allah.
Wajahnya sentiasa tersenyum lawa bila berjumpa orang. Sama- samalah kita doakan semoga mereka bertemu jodoh yang bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan Allah anak-anak yang bertakwa. Amin.
Sementara Chef Ismail pula bercita-cita untuk membuka hotel di tengah kotaraya Kuala Lumpur satu hari nanti. Insya-Allah.
Restoran Rebung amat berkat kerana mencarikan derma untuk Rumah Nur Salam (ada 400 penghuni) di Chow Kit, Kuala Lumpur dan setiap petang Jumaat menjamu 15 orang kanak-kanak dari Nur Salam.
Ya Allah ya Tuhanku... tambahkanlah rezeki mereka berlipat ganda atas usaha amal jariah itu.
JUWIE: Suka tengok hamba-hamba Allah yang kaya tapi tidak sombong dan tidak kedekut untuk bersedekah serta berzakat.
0 comments:
Post a Comment