AKHIL HAYY bahagia dengan WAHEEDA

  Akhil and me close up
  AKHIL (kanan) memeluk isteri kesayangannya- WAHEEDA.

PENYANYI, pelakon dan pendakwah bebas yang popular – Akhil Abdul Hayy (41 tahun) kini sedang bahagia bersama isteri kesayangannya, bekas penyanyi dan pelakon popular – Waheeda (32) atau Norwahidah Abdul Wahab.

Sejak mereka bernikah pada 16 2009 kata Akhil: “Alhamdulillah... masih ada roh di dalam jasad... masih boleh bergerak mencari rezeki dan masih lagi memuroqabah (muhasabah diri).”

Juwie bertemu Akhil di majlis Astro Entertainment bersama artis-artisnya meraikan editor-editor hiburan di Restoran Delucca, Kuala Lumpur pada 9 malam 5 Ogos lalu.

akhil and me at Kellie's Castle
Romantisnya AKHIL memeluk WAHEEDA di kawasan Kellie’s Castle, Perak.

Akhil kelihatan semakin bercahaya wajahnya yang putih melepak itu. Sifatnya tetap sopan-santun dan tawaduk. Isterinya – Waheeda, dulu popular dengan lagu Wassini. Kini Waheeda sering memakai jubah hitam dengan wajahnya ditutupi purdah hitam yang hanya nampak sepasang mata sahaja.

Menurut Akhil, isterinya – Waheeda sudah bersara dari dunia nyanyian di pentas dan juga seni lakon. Waheeda hanya buat kerja di belakang tabir seperti mencipta lagu dan menulis lirik. Fokus utamanya adalah urusan rumah tangga.

The Kids and Me at Alice in Wonderland

WAHEEDA (kanan) bersama MAISARAH dan MOHD SHARIFF.

Kata Akhil, Waheeda kini dalam proses mendidik dan membina kasih sayang bersama dua orang anaknya (hasil perkahwinan Akhil yang lalu). Nama anaknya – Siti Nor Maisarah (13) dan Mohd Shariff Hidayatullah (12). Alhamdulillah.

Adakalanya Waheeda memberi ceramah kepada kaum muslimah. Dia juga menemankan Akhil pergi menyanyi dan memberi ceramah di merata tempat. Apa yang berlaku dalam kehidupan mereka sudahpun ditakdirkan oleh Allah dan tiada siapa dapat mengubah takdir Allah.

JUWIE: Takut nak melawan takdir Allah dan tak suka mempertikaikan apa yang telah Allah takdirkan pada diri ini.

AKHIL HAYY Network dan berlakon filem ‘Abuya’

DSCN1099 DSCN1101

AKHIL HAYY… ada nur di wajahnya.

BUAT masa ini kata Akhil, dia sedang berusaha untuk membuka bisnes baru Akhil Hayy Network di Kajang, Selangor.

“Saya dengan rakan kongsi mahu uruskan perniagaan sambil beribadah menerusi network ini. Antaranya kami nak anjurkan pakej umrah bersama Akhil Hayy, berniaga foot-patch dan air suling. Pelancarannya insya-Allah pada bulan Ramadan ini.

“Siapa nak ikut pakej umrah boleh hubungi menerusi emel: aq7001@gmail.com

Atau telefon Shahrul nombor : 013-3362000,” cerita Akhil yang sentiasa tersenyum.

majlis bertandang di Johor

AKHIL dan isterinya – WAHEEDA (kanan) memotong kek semasa di Johor.

Akhil juga masih terus aktif menyanyi lagu-lagu dakwah dan berceramah. Suaranya tetap merdu. Dia juga ada menguruskan Karnival Rakyat di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Pada bulan Ramadan, Akhil akan berlakon sebagai penampilan khas menjadi pendakwah dalam filem terbaru berjudul ‘Abuya’ arahan Sheikh Imran terbitan Datuk Shiva (De Baron Movie). Aktor Faizal Hussien disebut-sebut bakal pegang watak Abuya.

Peminat yang ingin tahu bisnes busana muslimah yang diuruskan oleh Waheeda seperti jubah, khaul, beg tangan, tudung kepala dan lain-lain lagi bolehlah layari: arum.blogspot.com.

JUWIE: Banyak lagi cerita menarik Akhil dan Waheeda dalam URTV 1 September nanti,Insya-Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates