FOUZIAH GOUS |
AKTRES cun dan cute yang sedang top – Fouziah Gous (28 tahun), kini sedang bahagia bersahabat dengan kenalan barunya – MZ.
“Kami baru je peringkat salam perkenalan. Umur dia sebaya dengan saya,” kata Fouziah malu-malu gituSewaktu berbual dengan Juwie pada Julai lalu.
Menurut Fouziah, dia kenal dengan jejaka tampan – MZ sejak tahun lalu tapi hanya pada bulan Mei tahun ini barulah hubungannya jadi sahabat yang baik. MZ buat bisnes sendiri. Orangnya tinggi dan berkulit putih.
Kata Fouziah, kebetulan MZ baru balik dari mengerjakan umrah pada April lalu, jadi bila jumpa MZ, dia pun seronok tanya pasal cerita umrah.
“Dari situlah kami jadi sahabat yang rapat,” jelas Fouziah yang sedang sibuk berlakon dengan hero popular – Rosyam Nor dalam siri ‘Trilogi Cinta’ sebanyak 40 episod arahan Amy Maziah untuk RTM.
Fouziah adalah duta produk Alaisyah. Bagus produk tu. Juwie dah lama pakai skrub muka Alaisyah dan serasi nampaknya kerana kulit bersih tanpa masalah.
Sama-samalah kita doakan semoga Allah membahagiakan persahabatan Fouziah dan MZ hingga ke syurga. Amin.
JUWIE: Anggap Fouziah dah macam anak angkat tersayang. He! He!
0 comments:
Post a Comment