HAJI HASHIM (tengah) di dalam Masjidilharam sewaktu musim haji tahun lalu. |
PENGARAH Harmony Excellence (agensi umrah) – Haji Nor Hashim Abdullah (43 tahun) sudah lebih 10 kali mengerjakan umrah dan dua kali mengerjakan haji.
Beliau berasal dari Kampung Paya Mas, Tangkak, Johor. Beliau pernah menjadi guru sekolah (1991 – 1997) selepas lulus Sarjana Muda Sains Horticulture (landscaping) dari Universiti Pertanian Malaysia (1991).
Kemudian dari 1997 hingga 2007 Haji Nor Hashim membuka Pusat Tuisyen Harmoni di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Sejak tahun 2008, beliau buka agensi umrah dan haji – Harmony Excellence Travel & Tours di No. 1A, Jalan Wangsa Melawati (4), Wangsa Melawati 53100 Kuala Lumpur.
Siapa berminat nak pergi pakej umrah yang murah silalah mendaftar.
Telefon: 03-41428817. Nombor fax: 03-41424926. Emel: hashimpth@yahoo.com.
Jemaah umrah Harmoni Excellence. |
Kita ikuti pengalaman Haji Hashim.
CERITA HAJI HASHIM:
Masaalah selesai dengan bantual Allah
1. PADA tahun 2008, saya berhajat untuk membawa 30 orang jemaah mengerjakan umrah. Saya berhajat nak nak taja beberapa orang dan perlukan RM30,000 tapi wang tak cukup.
Selepas saya solat hajat, Allah bantu saya selesaikan masalah saya dan dapatlah rezeki untuk taja orang-orang yang nak saya bawa.
Saya tak fikir nak cari untung pada mulanya tapi untuk cari pengalaman bawa jemaah umrah dan buat amal jariah.
Lepas tu, waktu nak bertolak dari KLIA pergi ke Madina naik Saudi Airlines, kepala saya pening tak boleh nak fikir langsung. Tapi bila sampai di Madina tiba-tiba kepala saya rasa ringan dan jiwa tenang.
2. PADA masa bulan Ramadan 2009 saya bawa jemaah umrah 30 orang termasuk orang kurang upaya dan anak-anak yatim. Tiba di Mekah saya berdoa di depan Kaabah minta bantuan Allah. Lepas tu bila nak bayar bil hotel, pihak hotel turunkan harga yang murah jadi cukuplah duit nak bayar semua bil hotel.
Jemaah umrah Harmony Excellence di Madina. |
3. DULU saya pernah lima tahun terkena sihir orang. Dalam badan saya ni sakit-sakit ada benda ghaib bergerak satu badan. Dah banyak kali berubat tapi tak baik.
Masa terkena sihir saya jadi malas, takut dengan bayang-bayang sendiri, cepat marah, dan selalu rasa nak mati. Kemudian pada tahun 2006, saya bawa (arwah) emak saya pergi umrah.
Masa depan Kaabah saya berdoa dengan air mata mengalir. Lepas tu Alhamdulillah penyakit sihir saya dah sembuh dengan izin Allah selepas saya buat tawaf wida untuk pulang ke Malaysia.
Jemaah umrah Harmony Excellence di Bukit Uhud dekat Madina. |
Allah tunjukkan siapa yang aibkan saya!
4. PADA tahun 2005 saya pernah diaibkan orang. Macam-macam cerita buruk yang saya tak buat orang sebarkan. Orang dah buat fitnah terhadap saya. Saya berasa malu sangat.
Kemudian pada pertengahan 2005, saya pergi umrah dan berdoa di depan Kaabah minta Allah tunjukkan... siapakah orang yang telah aibkan dan fitnahkan saya.
Selepas itu terus Allah tunjukkan siapa orang yang dah aibkan saya. Rupa-rupanya kawan baik saya sendiri.
Saya tak sangka kawan yang saya anggap paling baik dengan saya, yang saya percayai dan selalu berkongsi masaalah dengan saya... dialah orang yang telah mengaib dan memfitnahkan saya.
Jemaah umrah Harmony Excellence di Masjid Terapung, Jeddah. |
Dapat duit RM30,000
5. Pada tahun 2003, saya pergi umrah dan cuba amalkan bersedekah walaupun duit tak banyak. Saya sedih sebab tak ada duit banyak untuk bersedekah.
Kemudian ada seorang lelaki Arab berbual dengan saya di luar Masjidilharam, Mekah. Dia bercerita tentang kebesaran Allah. Katanya, apa yang ada pada kita hanya sementara. Bila saya balik ke Malaysia ada seorang hamba Allah beri saya duit RM30,000. Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment