Tempahlah kek sedap Diana Delight secara online sekarang!

DSC02937
DIANA BERSAMA KEK KORPERAT YANG DITEMPAH OLEH PELANGGANNYA.

HMMM... siapa yang sedang tercari-cari kek yang sedap di Malaysia... bolehlah buat tempahan segera secara on-line dengan Diana Delight di Shah Alam, Selangor.

Ada kek coklat, cupcake, kek untuk hari jadi, kek untuk pertunangan dan perkahwinan serta bermacam lagi. Rasa sekali... terus melekat lidah nak rasa berulang kali.

DSC02767 DSC02812    

Pada atas kek itu boleh dihias apa sahaja gambar-gambar menarik pilihan anda dan gambar itu (diperbuat dari kertas gula) boleh dimakan.

DSC02830 DSC02991

Memang Diana pandai buat kek. Sudah ramai orang dari merata negeri termasuk dari Sarawak sudah menempahnya. Kalau sapa nak tempah segera layari blog: http://dianadelight.blogspot.com

JUWIE: Dah pernah rasa sebab itu dah tau betapa sedapnya nikmat kek Diana.

Artis terjah wartawan hiburan dalam Melodi Raya 2 di TV3 12.30 tengah hari 19 September!

DSC_3548e
ARTIS-ARTIS DAN WARTAWAN YANG MENYERTAI PROGRAM MELODI RAYA 2 

ILHAM terbaru penerbit dan wartawan Melodi TV3 yang popular – Nas Ahmad sungguh menarik!

Selalunya wartawan hiburan menerjah artis untuk bertanyakan pelbagai soalan sensasi peribadi artis... tapi kali ini Nas mahukan artis-artis pula menerjah wartawan Melodi TV3 dengan bertanya soalan sensasi yang panas-panas! He! He! Jangan terkejut! Jangan meraung tau!

Copy of DSC_7088 DSC_5370
NAS AHMAD (tengah) BERI PENERANGAN WARTAWAN MELODI MENDENGAR PENERANGAN NAS (kanan)

Barulah adil kan? Bagaimanakah perasaaan wartawan bila kena terjah dengan artis? Menggelabah atau tidak? Hu! Hu!

Kalau nak tahu... jom! Sama-sama kita saksikan program istimewa Melodi Raya bahagian kedua terbitan Nas Ahmad pada 19 September 2010 (Ahad) jam 12.30 tengah hari. Insya-Allah.

Tentu ramai peminat ternanti-nantikan siaran program yang dianggap malatop ini! Fuhh! Berair biji mata nanti bila tengok kisah-kisah sensasi wartawan hiburan terbongkar eksklusif hanya dalam Melodi.

DSCN0785
MICHELLE WEE (kiri) SEDANG MAKAN BERSAMA TENGKU NAHARUDDIN.

Apek tanya kisah cinta Michelle Wee

Contohnya pelawak Apek menerjah wartawan hiburan popular TV3 – Michelle Wee (kini penolong penerbit) dengan soalan ‘bom jangka’... tentang hubungan cinta Michelle dengan seorang pemuda Melayu beragama Islam. Adakah Michelle akan memeluk Islam dan berkahwin dengan pemuda itu?

Pada 6 Jun lalu, Michelle (26 tahun) pernah buat pengakuan dengan Juwie bahawa dia sedang bercinta dengan Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin (26) sejak Jun 2009 setelah dua tahun berkawan.

Tengku Naharuddin ialah penolong penerbit di TV3 dan menjadi pengacara program Remaja TV3 (Sabtu 1 tengah hari). Dia juga mengaku bercinta dengan Michelle.

Auw! Panas kisah cinta Michelle bila dibongkar oleh Apek yang kelakar itu dalam Melodi Raya 2 nanti! Pastikan peminat-peminat dapat luangkan masa menontonnya.

DSC_7020E
DARI KIRI (depan) : NURUL IZZA, NIK SHAFIQ DAN MICHELLE

Lain-lain wartawan skuad Melodi yang terlibat menghangatkan program top satu Malaysia ini ialah – Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari dan Nurul Izza.

DSC_5621
ARTIS DAN WARTAWAN KUNJUNGI RUMAH PROF. ABDUL RAZAK (kanan sekali)

Ramai artis popular terlibat

Barisan artis lain yang terlibat memeriahkan warna-warni Melodi Raya 2 ialah pelawak Yassin, Lisa Surihani, Rebecca Nur Islam, Wana (OIAM), Dafi, Norliana Shamsuddin, kumpulan band Sofaz, Kotak (dari Indonesia), Jinbara, kumpulan nasyid Nirwana, produser filem David Teo, pengarah filem Prof. Abdul Razak Muhaideen dan ramai lagi. Fuhh! Terangkat beb wa cakap sama lu!

DSC_3577 DSC_7253e
AMBOI SEDAPNYA MAKAN-MAKAN YA! DAFI CEDUK LAUK APA TU?

Kita juga dapat saksikan kunjungan artis-artis dan wartawan Melodi ke majlis jamuan terbuka (open house). Pengacara selamba yang kelakar - Wahid Senario dan Fara Fauzana (Fafau) menghangatkan lagi suasana raya yang meriah sebagai pengacara tetap program meletup ini. Penerbit Eksekutif Melodi – Jamil Hassan.

Sementara itu program nyanyian lagu-lagu raya dan lagu popular yang dijayakan oleh berpuluh artis lama dan baru dapat disaksikan dalam Melodi Raya bahagian pertama pada 12 September (Ahad) jam 12.30 tengah hari terbitan Azman Ghafar. Lihat laporan Melodi Raya TV3 bahagian pertama pada entry (22 Ogos lalu) di sini.

DSC_7171 DSC_5427
SKUAD MELODI BERAYA KEMANA TU? HE! HE! WAHID (tengah) BUAT LAWAK RAYA PULAK!

Ramai penyanyi dan pelakon top termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Tomok turut hadir bersama anak-anak yatim. Tungguuu... siarannya ya!

JUWIE: Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia. Maaf zahir dan batin jika ada kekurangan akhlakku selama ini.

Rakaman program Melodi Raya TV3 meriah bersama anak yatim

200820102159 200820102102
DATUK SERI KHALID (KIRI) BERSAMA ISTERINYA - DATUK SITI NURHALIZA MEMEY (KIRI) BERSAMA KEKASIHNYA - NORMAN HAKIM.

PADA 20 Ogos 2010, TV3 membuat rakaman program Melodi Raya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Suasana penuh sesak sehingga di luar dewan meja-meja makan bersusun untuk hampir 1,000 orang tetamu yang hadir berbuka puasa dan selepas itu bersolat Maghrib di surau.

200820102104 200820102111 200820102113 200820102116
FAZLI ZAINAL LINDA ONN FARAWAHIDA AWAL FUHHH! TV3

200820102146 200820102124 200820102142 200820102163
FARAH DHIYA. LEINA HANGAT. RAMLAH RAM. IQRAM DINZLY.

Artis-artis, wakil media, syarikat filem dan rekod memeriahkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Meriah sungguh! Mereka berpakaian baju raya.

200820102114 200820102137 200820102160 DSCN1134
ADIBAH NOOR (KIRI) DAN SHANIE. ROZIE (KIRI) DAN SITI NURHALIZA. NOREEN NOOR
(KIRI) DAN DAYANG NURFAEZAH.
DAZRIN (KIRI) DAN
ZOEY.
200820102132 200820102134 200820102167 200820102121
JEFFRYDIN. KUSWADINATA. SITI FAIRUZ. ABOT.

Lihatlah di antara wajah-wajah artis popular yang sempat Juwie rakamkan di ruangan ini. Datuk Siti Nurhaliza semakin bertambah jelita sejak pakai kosmetik Simply Siti. Suaminya - Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pun hadir menemani Siti. Semoga mereka bahagia sampai ke syurga. Amin.

200820102119 200820102133 200820102118
SALEEM. REZA (DJ RADIO ERA) ALI (EMPIRE) & MUS MAY (KANAN)
200820102148E 200820102125E 200820102162E
NAS, ROCK & ADDA. ALYAH, SAM & FARHAN. NAS INTERVIU ND LALA

JUWIE : Syukur kepada Allah kerana anak-anak yatim di negara kita sentiasa mendapat perhatian. Terima kasih TV3 kerana menjamu umat Islam berbuka puasa.

Pelancaran Akhil Network 26 Ogos 2010!

P1060975e

PADA 16 OGOS 2010 GENAP SETAHUN PERKAHWINAN AKHIL HAYY (KIRI) DENGAN WAHEEDA.

PENYANYI lagu dakwah dan penceramah bebas – Akhil Hayy akan melancarkan Akhil Network di No. 11-1, Sentosa Avenue, Kajang, Selangor pada 26 Ogos (Khamis) 2010 jam 6.45 petang dan diikuti majlis berbuka puasa serta solat Maghrib.

Menurut Akhil, program yang diaturkannya termasuk Lambaian Ke Tanah Suci (Umrah) Bersama Akhil Hayy dan sambutan ulang tahun pertama perkahwinannya dengan bekas penyanyi popular Waheeda. Talian hotline : 010-4021600.

Alhamdulillah... semoga bisnes Akhil dan Waheeda terus berjaya dan hidup bahagia hingga ke syurga. Amin.

JUWIE : Sentiasa doakan yang terbaik untuk umat Islam.

DAZRIN - hero baru filem Apokalips bakal meletup!

10035_166546227025_587252025_3279519_2177380_n

WAJAH-WAJAH CUN HERO BARU MALAYSIA - DAZRIN KAMARUDIN

MALAYSIA kini memiliki hero filem baru yang cun bernama – Dazrin Kamarudin.

Dazrin diperkenalkan oleh pengarah kreatif yang popular – Mamat Khalid sebagai hero filem terbaru Apokalips terbitan Tayangan Unggul yang kini dalam proses editing (suntingan).

40615_1359085511371_1658533645_1947321_4007028_n
DARI KIRI: IQRAM, DAYANA, DAZRIN, MIERA LEYANA DAN NOOZWAN SEWAKTU BERBUKA PUASA DI RESTORAN VIEW POINT AMPANG, KUALA LUMPUR PADA 22 OGOS LALU.

Dazrin berpasangan dengan heroin jelita – Miera Leyana. Watak Dazrin sebagai Chin Long kena bertutur dalam bahasa Mandarin. Turut berlakon Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin dan Dayana (Anak Wayang).

Wajah baru Dazrin mirip bangsa Asia dari Jepun, Korea dan China. Kiranya dia ada International look. Tentu ramai akan terpikat pada wajahnya selain bakat lakonannya mendapat pujian dari Mamat Khalid.

DSCN1133 200820102165
DAZRIN (KIRI) DAN MAMAT KHALID IQRAM (KIRI) DAN DAZRIN

Seronok Juwie berbual dengan Dazrin pada 20 Ogos lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semasa menghadiri rakaman program Melodi Raya TV3.

Dazrin lahir pada 10 Mei 1988 di Melaka Specialist Medical Centre, Melaka. Keluarganya tinggal di Spring Garden, Melaka. Pada usia dua hingga 12 tahun dia ikut ibu bapanya ke Michigan, Amerika Syarikat , kemudian ke Manchester, United Kingdom sehinggalah tahun 2000 barulah keluarganya pulang ke Malaysia.

Ibu bapa Dazrin berada di luar negara pada masa itu kerana melanjutkan pengajian di universiti dari peringkat ijazah hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah(Ph.D). Kini bapanya - Kamarudin Md Shah menjadi Yang Di Pertua Majlis Bandaraya Melaka dan ibunya - Dr. Yasmin Hussin menjadi Ketua Jabatan Institut Perguruan Perempuan, Durian Daun, Melaka.

Melanjutkan pengajian dua ijazah

di Universiti Western Michigan

DAZRIN kini melanjutkan pengajian untuk dua ijazah sekali gus iaitu Ijazah Filem, Video dan Media, kemudian satu lagi Ijazah Perhubungan Antarabangsa di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dan dijangka tamat pengajian Disember 2011.

Semasa pulang ke Kuala Lumpur pada cuti semester Mei lalu, dia mendapat tawaran berlakon Apokalips dan akan pulang semula menyambung pengajiannya pada 11 September ini.

34629_413424952025_587252025_5066681_1223436_n
PELAKON FILEM APOKALIPS (DARI KIRI) : PYAN HABIB, DAZRIN DAN ADAM.

Apokalips adalah filem bercorak fiksyen hasil skrip luar biasa dari Ilham Mamat Khalid. Ia mengisahkan konon-kononnya selepas peperangan di negara yang bersengketa, negara kita pula kononnya menerima tempias nuklear.

Tiga puluh tahun kemudian apakah yang terjadi kepada generasi kita? Sama-samalah kita tunggu tayangan filem imaginasi unik dari ilham rekaan Mamat Khalid ini pada Julai 2011. Insya-Allah boleh pecah box-office dan layak ditayangkan di luar negara. Auw! Ada kelas gitu!

Untuk berkenalan dengan Dazrin, emelnya : dazrin.kamarudin@wmich.edu

36690_407868262025_587252025_4928169_4982290_n 7620_135377397025_587252025_2987677_220271_n

DAZRIN DULU PERNAH MENJADI MODEL

Peminat-peminat boleh berinteraksi dengan Dazrin menerusi facebooknya. Orangnya peramah, ceria, berbudi bahasa dan tidak sombong. Insya-Allah Dazrin boleh jadi topstar yang diminati ramai jika dia terus kekal tidak sombong dan mudah dihubungi wartawan.

Kalau artis itu sombong dan susah untuk dihubungi... dan malas nak layan wartawan serta peminat... alamat tak lama lagi Allah tarik semula nikmat-Nya... terus jadi tak popular dan tenggelam... orang pun dah tak heran dengan dia lagi.

Bacalah kisah Dazrin selanjutnya dalam URTV 15 September sempena Aidilfitri nanti.

JUWIE : Ada wartawan komplen tentang adanya segelintir artis top yang sombong-mombong. Takpelah... Tak lama lagi nanti orang pun dah tak minat dengan dia... jom kita naikkan artis-artis baru pula, lagi best!.

Jom! Ziarah Syria, Jordan dan bersolat di Masjid Al-Aqsa (Baitulmaqdis) ikut Zahafiz Travel!!

masjidil aqsa
MASJIDIL AL-AQSA DI BAITUL MAQDIS.

PADA bulan September dan Disember 2010, Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (ZTT) menganjurkan pakej promosi ziarah istimewa ke bumi para anbia iaitu Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Jerusalem, Syria dan Jordan.

Harga pakej ini istimewa hanya RM7,800.00 seorang. Jom! Ajak keluarga dan kawan-kawan beramai-ramai pergi ziarah masjid-masjid dahulu kala, melihat kesan-kesan sejarah umat zaman dahulu, menziarahi makam para nabi, para sahabat dan wali Allah.

Allah s.w.t. juga menyuruh kita mengadakan perjalanan di muka bumi untuk memerhatikan dan mengambil ikhtibar dari kesudahan hidup orang-orang sebelum kita yang telah dibinasakan Allah disebabkan dosa-dosa mereka.

Firman Allah dalam surah Al-Mukmin, ayat 21 bermaksud: “Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memerhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka?

Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas (kesan-kesan) mereka (seperti bangunan, alat kelengkapan, benteng dan istana), maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.”

Ayat itu diulangi lagi dalam surah al-Mukmin pada ayat 82.

Laut Mati
PELANCONG DARI MALAYSIA MENGUTIP KETULAN GARAM DI PANTAI LAUT MATI, JORDAN.

Laut mati di Jordan

DI antara kesan sejarah yang dapat kita lihat di mana umat terdahulu yang dibinasakan oleh kuasa Allah akibat dosa-dosa mereka ialah Laut Mati di Jordan.

Di situlah tempat Allah terbalikkan bumi yang dihuni oleh kaum Nabi Luth a.s. yang engkar atas perintah Allah agar menjauhi perbuatan homoseksual. Mereka tidak taat kepada perintah Allah dan tidak peduli dengan peringatan yang disampaikan oleh Nabi Luth a.s.

 

IMG_0592 - A IMG_0579

KERETA KUDA INI MEMBAWA PELANCONG MENGELILINGI KAWASAN PURBA PETRA DI JORDAN.

Di Jordan juga ahli rombongan ZTT akan dibawa ziarah ke tempat keajaiban dunia iaitu Petra di mana gunung-gunung dipahat indah menjadi rumah dan istana. Di sana ada kereta kuda yang membawa pelancong mengelilingi kawasan Petra dengan bayaran tertentu. Di kawasan itu juga filem Hollywood Indiana Jones pernah membuat penggambaran suatu masa dahulu.

 SahibulKahfi2
INILAH PEMANDANGAN DARI LUAR GUA AS-SHAHIBUL KAHFI DI JORDAN.

Lain-lain tempat menarik: Bandaraya Amman dan gua As-Shahibul Kahfi – tempat tujuh pemuda beriman bersama anjing yang ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun untuk melindungi mereka dari buruan pegawai istana yang kafir.

Mereka kemudian dibangkitkan semula oleh Allah untuk orang ramai pada zaman itu melihat kebesaran Allah dan kemudian menemui ajal.

Bacalah kisah mereka dalam surah Al-Kahfi (Gua) ayat 9 sehingga ayat 26.

Di Jerusalem, anda akan dibawa bersolat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis. Rasulullah s.a.w. pernah bersolat di masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj.

Berdekatan masjid itu ada Masjid Kubah Batu (Dome of Rock) di mana terdapat batu tergantung di dalamnya, kesan dari peristiwa Rasulullah s.a.w. dimikrajkan ke langit.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda:

Jangan bersusah payah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga buah masjid iaitu masjid ku ini (Masjid Nabawi di Madina), Masjidilharam (di Mekah) dan Masjid Al-Aqsa (di Baitulmaqdis).”

Para ahli rombongan juga akan dibawa ziarah sekitar kompleks masjid, makam Rabiatul Adawiyah (wali sufi wanita) dan makam Salman Al-Farisi (sahabat Rasulullah s.a.w.)

Paling menarik juga ialah ziarah ke kawasan suci Nabi Ibrahim a.s., tempat kelahiran Nabi Isa a.s. di Baitulaham dan ziarah makam Nabi Musa a.s. di kota Jericho.

roman amp
BEGINILAH KEADAAN ROMAN AMPHITHEATRE DI KOTA PURBA - BOSRA (ARAB NABATEAN 2000 SEBELUM MASEHI) DI SYRIA.

DI Syria pula banyak tempat sejarah purba di Bosra seperti Roman Amphitheatre dan Buheira Cathedral (gereja pendita nasrani yang terkenal – Buhaira). Buhaira pernah bertemu Nabi Muhammad s.a.w. di situ ketika Nabi s.a.w. berusia 12 tahun (sebelum diangkat menjadi Rasul).

Bosra1
TIGA ORANG SEDANG BERGAMBAR DI HADAPAN BUHEIRA CATHEDRAL (GEREJA BUHAIRA) DI BOSRA, SYRIA.

Dalam pertemuan itu Buhaira memberitahu tanda-tanda kenabian kepada Muhammad Bin Abdullah (yang ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. baru berusia 12 tahun mengikut bapa saudaranya – Abu Talib berdagang di negeri Syam).

Kemudian singgah ke Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah dan Roman Pool. Cantik sungguh bekas runtuhan bangunan bersejarah di situ. Boleh ambil foto.

Masjid Umawi Makam Nabi Yahya
BANGUNAN MASJID UMAWI DARI LUAR. UMAT ISLAM MENZIARAHI MAKAM NABI YAHYA a.s. DI DALAM MASJID UMAWI, SYRIA.

LAIN-LAIN tempat yang akan dilawati di Syria ialah kota Damsyik, Homs, Masjid Khalid Al-Walid, Hama, Castle Crack Des Chavelier, Halab (Aleppo), Masjid Umawi (di mana terdapat makam Nabi Yahya a.s.) dan berdekatan Masjid Umawi ada makam pahlawan yang masyhur - Salahuddin Al-Ayubbi yang berjaya menakluki Baitulmaqdis.

Makam Salahuddin Tugu Salahuddin - A
MAKAM SALAHUDDIN AL-AYYUBI. TUGU SALAHUDDIN DI SYRIA.

Di Bab As-Saghir rombongan akan dibawa ziarah ke makam isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafsah r.a.

Terdapat juga makam juruazan – Bilal bin Ar-Rabah (sahabat) dan Mu’awiyah serta para syuhada Perang Karbala. Anda juga akan tertarik bila melawat kota Damsyik dari Gunung Qosiyun.

Banyak lagi kesan sejarah dapat dilihat di Muzium Kebangsaan dan di Takiyeh Sulaimaniah (kompleks yang dibina oleh Sultan Sulaiman (The Magnificient).

IMG_0298
JUWIE MERAKAMKAN KEINDAHAN MATAHARI TERBENAM KETIKA BERADA DI PUNCAK GUNUNG QOSIYUN, SYRIA.

Okey laa... panjang sangat kalau nak diceritakan satu-persatu tempat-tempat yang akan di bawa ziarah secara terperinci di tiga negara itu.

Pendekata, wang perbelanjaan untuk trip ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang akan anda timba sepanjang lawatan berbaloi ini! Jom! Cepatlah daftar.

Telefon Zahafiz Travel sekarang : 03-5549 1549 atau

03-55423004. Emel: zahafiz@streamix.com Laman web: www.zahafiz.com

 
Minima Ready Blogger Templates