DAZRIN - hero baru filem Apokalips bakal meletup!

10035_166546227025_587252025_3279519_2177380_n

WAJAH-WAJAH CUN HERO BARU MALAYSIA - DAZRIN KAMARUDIN

MALAYSIA kini memiliki hero filem baru yang cun bernama – Dazrin Kamarudin.

Dazrin diperkenalkan oleh pengarah kreatif yang popular – Mamat Khalid sebagai hero filem terbaru Apokalips terbitan Tayangan Unggul yang kini dalam proses editing (suntingan).

40615_1359085511371_1658533645_1947321_4007028_n
DARI KIRI: IQRAM, DAYANA, DAZRIN, MIERA LEYANA DAN NOOZWAN SEWAKTU BERBUKA PUASA DI RESTORAN VIEW POINT AMPANG, KUALA LUMPUR PADA 22 OGOS LALU.

Dazrin berpasangan dengan heroin jelita – Miera Leyana. Watak Dazrin sebagai Chin Long kena bertutur dalam bahasa Mandarin. Turut berlakon Adam AF, Iqram Dinzly, Pekin dan Dayana (Anak Wayang).

Wajah baru Dazrin mirip bangsa Asia dari Jepun, Korea dan China. Kiranya dia ada International look. Tentu ramai akan terpikat pada wajahnya selain bakat lakonannya mendapat pujian dari Mamat Khalid.

DSCN1133 200820102165
DAZRIN (KIRI) DAN MAMAT KHALID IQRAM (KIRI) DAN DAZRIN

Seronok Juwie berbual dengan Dazrin pada 20 Ogos lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semasa menghadiri rakaman program Melodi Raya TV3.

Dazrin lahir pada 10 Mei 1988 di Melaka Specialist Medical Centre, Melaka. Keluarganya tinggal di Spring Garden, Melaka. Pada usia dua hingga 12 tahun dia ikut ibu bapanya ke Michigan, Amerika Syarikat , kemudian ke Manchester, United Kingdom sehinggalah tahun 2000 barulah keluarganya pulang ke Malaysia.

Ibu bapa Dazrin berada di luar negara pada masa itu kerana melanjutkan pengajian di universiti dari peringkat ijazah hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah(Ph.D). Kini bapanya - Kamarudin Md Shah menjadi Yang Di Pertua Majlis Bandaraya Melaka dan ibunya - Dr. Yasmin Hussin menjadi Ketua Jabatan Institut Perguruan Perempuan, Durian Daun, Melaka.

Melanjutkan pengajian dua ijazah

di Universiti Western Michigan

DAZRIN kini melanjutkan pengajian untuk dua ijazah sekali gus iaitu Ijazah Filem, Video dan Media, kemudian satu lagi Ijazah Perhubungan Antarabangsa di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat dan dijangka tamat pengajian Disember 2011.

Semasa pulang ke Kuala Lumpur pada cuti semester Mei lalu, dia mendapat tawaran berlakon Apokalips dan akan pulang semula menyambung pengajiannya pada 11 September ini.

34629_413424952025_587252025_5066681_1223436_n
PELAKON FILEM APOKALIPS (DARI KIRI) : PYAN HABIB, DAZRIN DAN ADAM.

Apokalips adalah filem bercorak fiksyen hasil skrip luar biasa dari Ilham Mamat Khalid. Ia mengisahkan konon-kononnya selepas peperangan di negara yang bersengketa, negara kita pula kononnya menerima tempias nuklear.

Tiga puluh tahun kemudian apakah yang terjadi kepada generasi kita? Sama-samalah kita tunggu tayangan filem imaginasi unik dari ilham rekaan Mamat Khalid ini pada Julai 2011. Insya-Allah boleh pecah box-office dan layak ditayangkan di luar negara. Auw! Ada kelas gitu!

Untuk berkenalan dengan Dazrin, emelnya : dazrin.kamarudin@wmich.edu

36690_407868262025_587252025_4928169_4982290_n 7620_135377397025_587252025_2987677_220271_n

DAZRIN DULU PERNAH MENJADI MODEL

Peminat-peminat boleh berinteraksi dengan Dazrin menerusi facebooknya. Orangnya peramah, ceria, berbudi bahasa dan tidak sombong. Insya-Allah Dazrin boleh jadi topstar yang diminati ramai jika dia terus kekal tidak sombong dan mudah dihubungi wartawan.

Kalau artis itu sombong dan susah untuk dihubungi... dan malas nak layan wartawan serta peminat... alamat tak lama lagi Allah tarik semula nikmat-Nya... terus jadi tak popular dan tenggelam... orang pun dah tak heran dengan dia lagi.

Bacalah kisah Dazrin selanjutnya dalam URTV 15 September sempena Aidilfitri nanti.

JUWIE : Ada wartawan komplen tentang adanya segelintir artis top yang sombong-mombong. Takpelah... Tak lama lagi nanti orang pun dah tak minat dengan dia... jom kita naikkan artis-artis baru pula, lagi best!.

9 comments:

LC Althea said...

dk is a great friend indeed.. ta rugi support him.. :))

The Traveller @ Azura said...

hahhahahahha !!!

Anonymous said...

Tahniah my fwen..

Unknown said...

thumbs up for dazrin~!!
Daz rocksss~!! =)

Sofiayantie said...

yes... he such a good frens.. tidak sombong dan layan sume rakan tak kira level.. hope he will be more success in the furue.. ;) congrats daz...

March'Juery said...

tahniah sweet boy, mama doakan yang terbaik untuk kamu... hehehehe...

aiminadirah said...

dazrin or dk!
baek jugaklah..tak sombong.
dulu study kat uitm mlk kejap.
penah juin kebudayaan team...
juin teater..
gudlck dk!

Dazrin Abdul Malek said...

terkejut aku.. ade gak orang name Dazrin mcm aku.. kekeke..
tapi rasanya mcm pernah chat ngan die ni mase zaman Friendster. da jadi pelakon pulak. Gud Luck bro..

whenshewasborn said...

Oh my. Hahahaha dk.tak sangka u jd artis ahahaha

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates