BETTY nak berduet dengan duda kaya Indonesia – JAY

  DSCN1096
  JAY (kiri) bersama BETTY di Kuala Lumpur Convention Centre.

AKTRES dan penyanyi jelita – Betty Banafe (30an) merancang berduet dengan duda kaya Indonesia – Jay Al-Atas (50)

“Dah tiga bulan kami berkenalan. Kemudian pada 20 Julai lepas saya ke Jakarta jumpa dengan Jay berbincang pasal pemilihan lagu, “kata Betty sewaktu Juwie temuinya bersama Jay di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada 2 Ogos lalu.

Pada malam itu, mereka baru selesai menonton Konsert Nawal Al-Zoghbi dari Lebanon. Turut serta pelakon Indonesia – Mehnaz Marinez dan Aiman Balubaid.

Jay seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya. Syarikatnya – Albros Group buat perniagaan hartanah dan perlombongan arang batu.

  DSCN1092
 

BETTY BANAFE

Jay juga berbakat dalam bidang nyanyian irama jazz dan telah merakamkan tiga album sejak empat tahun lalu.

“Dua CD album saya dulu, saya buat suka-suka untuk beri kawan-kawan dengar. Album CD ketiga berjudul Loh Kok ada lapan lagu dan sudah dipasarkan di Indonesia bulan lepas” katanya.

Sebuah dari lagunya berjudul ‘Friends’ menjadi lagu tema filem muzikal kanak-kanak berjudul ‘Melodi’.

Menurut Jay, dia mempunyai tiga orang anak dan telah bercerai dengan isterinya enam tahun lalu.

“Sekarang saya masih single,” katanya.

JUWIE: Semoga Betty dan Jay terus berjaya di dunia hingga akhirat.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates