Jom! Ziarah Syria, Jordan dan bersolat di Masjid Al-Aqsa (Baitulmaqdis) ikut Zahafiz Travel!!

masjidil aqsa
MASJIDIL AL-AQSA DI BAITUL MAQDIS.

PADA bulan September dan Disember 2010, Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd. (ZTT) menganjurkan pakej promosi ziarah istimewa ke bumi para anbia iaitu Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Jerusalem, Syria dan Jordan.

Harga pakej ini istimewa hanya RM7,800.00 seorang. Jom! Ajak keluarga dan kawan-kawan beramai-ramai pergi ziarah masjid-masjid dahulu kala, melihat kesan-kesan sejarah umat zaman dahulu, menziarahi makam para nabi, para sahabat dan wali Allah.

Allah s.w.t. juga menyuruh kita mengadakan perjalanan di muka bumi untuk memerhatikan dan mengambil ikhtibar dari kesudahan hidup orang-orang sebelum kita yang telah dibinasakan Allah disebabkan dosa-dosa mereka.

Firman Allah dalam surah Al-Mukmin, ayat 21 bermaksud: “Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memerhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka?

Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas (kesan-kesan) mereka (seperti bangunan, alat kelengkapan, benteng dan istana), maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah.”

Ayat itu diulangi lagi dalam surah al-Mukmin pada ayat 82.

Laut Mati
PELANCONG DARI MALAYSIA MENGUTIP KETULAN GARAM DI PANTAI LAUT MATI, JORDAN.

Laut mati di Jordan

DI antara kesan sejarah yang dapat kita lihat di mana umat terdahulu yang dibinasakan oleh kuasa Allah akibat dosa-dosa mereka ialah Laut Mati di Jordan.

Di situlah tempat Allah terbalikkan bumi yang dihuni oleh kaum Nabi Luth a.s. yang engkar atas perintah Allah agar menjauhi perbuatan homoseksual. Mereka tidak taat kepada perintah Allah dan tidak peduli dengan peringatan yang disampaikan oleh Nabi Luth a.s.

 

IMG_0592 - A IMG_0579

KERETA KUDA INI MEMBAWA PELANCONG MENGELILINGI KAWASAN PURBA PETRA DI JORDAN.

Di Jordan juga ahli rombongan ZTT akan dibawa ziarah ke tempat keajaiban dunia iaitu Petra di mana gunung-gunung dipahat indah menjadi rumah dan istana. Di sana ada kereta kuda yang membawa pelancong mengelilingi kawasan Petra dengan bayaran tertentu. Di kawasan itu juga filem Hollywood Indiana Jones pernah membuat penggambaran suatu masa dahulu.

 SahibulKahfi2
INILAH PEMANDANGAN DARI LUAR GUA AS-SHAHIBUL KAHFI DI JORDAN.

Lain-lain tempat menarik: Bandaraya Amman dan gua As-Shahibul Kahfi – tempat tujuh pemuda beriman bersama anjing yang ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun untuk melindungi mereka dari buruan pegawai istana yang kafir.

Mereka kemudian dibangkitkan semula oleh Allah untuk orang ramai pada zaman itu melihat kebesaran Allah dan kemudian menemui ajal.

Bacalah kisah mereka dalam surah Al-Kahfi (Gua) ayat 9 sehingga ayat 26.

Di Jerusalem, anda akan dibawa bersolat di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis. Rasulullah s.a.w. pernah bersolat di masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj.

Berdekatan masjid itu ada Masjid Kubah Batu (Dome of Rock) di mana terdapat batu tergantung di dalamnya, kesan dari peristiwa Rasulullah s.a.w. dimikrajkan ke langit.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda:

Jangan bersusah payah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga buah masjid iaitu masjid ku ini (Masjid Nabawi di Madina), Masjidilharam (di Mekah) dan Masjid Al-Aqsa (di Baitulmaqdis).”

Para ahli rombongan juga akan dibawa ziarah sekitar kompleks masjid, makam Rabiatul Adawiyah (wali sufi wanita) dan makam Salman Al-Farisi (sahabat Rasulullah s.a.w.)

Paling menarik juga ialah ziarah ke kawasan suci Nabi Ibrahim a.s., tempat kelahiran Nabi Isa a.s. di Baitulaham dan ziarah makam Nabi Musa a.s. di kota Jericho.

roman amp
BEGINILAH KEADAAN ROMAN AMPHITHEATRE DI KOTA PURBA - BOSRA (ARAB NABATEAN 2000 SEBELUM MASEHI) DI SYRIA.

DI Syria pula banyak tempat sejarah purba di Bosra seperti Roman Amphitheatre dan Buheira Cathedral (gereja pendita nasrani yang terkenal – Buhaira). Buhaira pernah bertemu Nabi Muhammad s.a.w. di situ ketika Nabi s.a.w. berusia 12 tahun (sebelum diangkat menjadi Rasul).

Bosra1
TIGA ORANG SEDANG BERGAMBAR DI HADAPAN BUHEIRA CATHEDRAL (GEREJA BUHAIRA) DI BOSRA, SYRIA.

Dalam pertemuan itu Buhaira memberitahu tanda-tanda kenabian kepada Muhammad Bin Abdullah (yang ketika itu Nabi Muhammad s.a.w. baru berusia 12 tahun mengikut bapa saudaranya – Abu Talib berdagang di negeri Syam).

Kemudian singgah ke Masjid Al-Mabrak Al-Naaqah dan Roman Pool. Cantik sungguh bekas runtuhan bangunan bersejarah di situ. Boleh ambil foto.

Masjid Umawi Makam Nabi Yahya
BANGUNAN MASJID UMAWI DARI LUAR. UMAT ISLAM MENZIARAHI MAKAM NABI YAHYA a.s. DI DALAM MASJID UMAWI, SYRIA.

LAIN-LAIN tempat yang akan dilawati di Syria ialah kota Damsyik, Homs, Masjid Khalid Al-Walid, Hama, Castle Crack Des Chavelier, Halab (Aleppo), Masjid Umawi (di mana terdapat makam Nabi Yahya a.s.) dan berdekatan Masjid Umawi ada makam pahlawan yang masyhur - Salahuddin Al-Ayubbi yang berjaya menakluki Baitulmaqdis.

Makam Salahuddin Tugu Salahuddin - A
MAKAM SALAHUDDIN AL-AYYUBI. TUGU SALAHUDDIN DI SYRIA.

Di Bab As-Saghir rombongan akan dibawa ziarah ke makam isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Ummu Hafsah r.a.

Terdapat juga makam juruazan – Bilal bin Ar-Rabah (sahabat) dan Mu’awiyah serta para syuhada Perang Karbala. Anda juga akan tertarik bila melawat kota Damsyik dari Gunung Qosiyun.

Banyak lagi kesan sejarah dapat dilihat di Muzium Kebangsaan dan di Takiyeh Sulaimaniah (kompleks yang dibina oleh Sultan Sulaiman (The Magnificient).

IMG_0298
JUWIE MERAKAMKAN KEINDAHAN MATAHARI TERBENAM KETIKA BERADA DI PUNCAK GUNUNG QOSIYUN, SYRIA.

Okey laa... panjang sangat kalau nak diceritakan satu-persatu tempat-tempat yang akan di bawa ziarah secara terperinci di tiga negara itu.

Pendekata, wang perbelanjaan untuk trip ini tidak seberapa kalau nak dibandingkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang akan anda timba sepanjang lawatan berbaloi ini! Jom! Cepatlah daftar.

Telefon Zahafiz Travel sekarang : 03-5549 1549 atau

03-55423004. Emel: zahafiz@streamix.com Laman web: www.zahafiz.com

1 comments:

Athirah Jinal said...

Menarik !
Semoga akan ada kesempatan untukkita ke Syria lagi.
Ya Allah ,kurnialah kemenangan pada Syria !
Amin.

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates