Artis terjah wartawan hiburan dalam Melodi Raya 2 di TV3 12.30 tengah hari 19 September!

DSC_3548e
ARTIS-ARTIS DAN WARTAWAN YANG MENYERTAI PROGRAM MELODI RAYA 2 

ILHAM terbaru penerbit dan wartawan Melodi TV3 yang popular – Nas Ahmad sungguh menarik!

Selalunya wartawan hiburan menerjah artis untuk bertanyakan pelbagai soalan sensasi peribadi artis... tapi kali ini Nas mahukan artis-artis pula menerjah wartawan Melodi TV3 dengan bertanya soalan sensasi yang panas-panas! He! He! Jangan terkejut! Jangan meraung tau!

Copy of DSC_7088 DSC_5370
NAS AHMAD (tengah) BERI PENERANGAN WARTAWAN MELODI MENDENGAR PENERANGAN NAS (kanan)

Barulah adil kan? Bagaimanakah perasaaan wartawan bila kena terjah dengan artis? Menggelabah atau tidak? Hu! Hu!

Kalau nak tahu... jom! Sama-sama kita saksikan program istimewa Melodi Raya bahagian kedua terbitan Nas Ahmad pada 19 September 2010 (Ahad) jam 12.30 tengah hari. Insya-Allah.

Tentu ramai peminat ternanti-nantikan siaran program yang dianggap malatop ini! Fuhh! Berair biji mata nanti bila tengok kisah-kisah sensasi wartawan hiburan terbongkar eksklusif hanya dalam Melodi.

DSCN0785
MICHELLE WEE (kiri) SEDANG MAKAN BERSAMA TENGKU NAHARUDDIN.

Apek tanya kisah cinta Michelle Wee

Contohnya pelawak Apek menerjah wartawan hiburan popular TV3 – Michelle Wee (kini penolong penerbit) dengan soalan ‘bom jangka’... tentang hubungan cinta Michelle dengan seorang pemuda Melayu beragama Islam. Adakah Michelle akan memeluk Islam dan berkahwin dengan pemuda itu?

Pada 6 Jun lalu, Michelle (26 tahun) pernah buat pengakuan dengan Juwie bahawa dia sedang bercinta dengan Tengku Naharuddin Izwan Tengku Nasaruddin (26) sejak Jun 2009 setelah dua tahun berkawan.

Tengku Naharuddin ialah penolong penerbit di TV3 dan menjadi pengacara program Remaja TV3 (Sabtu 1 tengah hari). Dia juga mengaku bercinta dengan Michelle.

Auw! Panas kisah cinta Michelle bila dibongkar oleh Apek yang kelakar itu dalam Melodi Raya 2 nanti! Pastikan peminat-peminat dapat luangkan masa menontonnya.

DSC_7020E
DARI KIRI (depan) : NURUL IZZA, NIK SHAFIQ DAN MICHELLE

Lain-lain wartawan skuad Melodi yang terlibat menghangatkan program top satu Malaysia ini ialah – Azmi Jamsari, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadhari dan Nurul Izza.

DSC_5621
ARTIS DAN WARTAWAN KUNJUNGI RUMAH PROF. ABDUL RAZAK (kanan sekali)

Ramai artis popular terlibat

Barisan artis lain yang terlibat memeriahkan warna-warni Melodi Raya 2 ialah pelawak Yassin, Lisa Surihani, Rebecca Nur Islam, Wana (OIAM), Dafi, Norliana Shamsuddin, kumpulan band Sofaz, Kotak (dari Indonesia), Jinbara, kumpulan nasyid Nirwana, produser filem David Teo, pengarah filem Prof. Abdul Razak Muhaideen dan ramai lagi. Fuhh! Terangkat beb wa cakap sama lu!

DSC_3577 DSC_7253e
AMBOI SEDAPNYA MAKAN-MAKAN YA! DAFI CEDUK LAUK APA TU?

Kita juga dapat saksikan kunjungan artis-artis dan wartawan Melodi ke majlis jamuan terbuka (open house). Pengacara selamba yang kelakar - Wahid Senario dan Fara Fauzana (Fafau) menghangatkan lagi suasana raya yang meriah sebagai pengacara tetap program meletup ini. Penerbit Eksekutif Melodi – Jamil Hassan.

Sementara itu program nyanyian lagu-lagu raya dan lagu popular yang dijayakan oleh berpuluh artis lama dan baru dapat disaksikan dalam Melodi Raya bahagian pertama pada 12 September (Ahad) jam 12.30 tengah hari terbitan Azman Ghafar. Lihat laporan Melodi Raya TV3 bahagian pertama pada entry (22 Ogos lalu) di sini.

DSC_7171 DSC_5427
SKUAD MELODI BERAYA KEMANA TU? HE! HE! WAHID (tengah) BUAT LAWAK RAYA PULAK!

Ramai penyanyi dan pelakon top termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Tomok turut hadir bersama anak-anak yatim. Tungguuu... siarannya ya!

JUWIE: Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di dunia. Maaf zahir dan batin jika ada kekurangan akhlakku selama ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Minima Ready Blogger Templates